Tuesday, January 20, 2009

Merayakan kemenangan Kuala Terengganu

Sesudah lebih sebulan blog ini tidak dikemaskini lantaran kesibukan melampau gua dalam menempuhi kehidupan yang penuh onak dan duri ini, kini gua kembali bergiat aktif sedikit demi sedikit memandangkan permintaan yang sangat memberangsangkan dari peminat2 blog gua, si atan, ajiz, mamat, si afif(ganu kiter). Ada pun si Ajiz sudah kembali tidak dapat melayari internet lantaran kemasukan beliau ke dalam asrama baru meskipun umur beliau hampir2 menjangkaui 30.

Adapun, terbitnya kembali artikel di blog ini untuk merayakan kemenangan gua, aziz, dan terutamanya afif dan mamat yang berasal dari terengganu. Tarikh 17 January pastilah menjadi tarikh keramat buat mereka kerana Ibu negeri Terengganu akhirnya telah pun kembali ke tangan PAS setelah 10 tahun berada dalam genggaman Barisan Nasional. Gua sempat juga berada beberapa hari di kuala terengganu untuk mengikuti kempen pilihan raya di KT. Gambar2 berikut gua ambil untuk dilihat kepada saudara afif dan juga mamat yang juga rakyat negeri terengganu yang dahagakan maklumat tentang tempat tumpahnya darah mereka.

(Zaid Ibrahim memberi motivasi kepada pengundi india supaya mengundi PAS)

(Sokongan dari Kelab Penyokong PAS kedah)

(RPK turut memainkan peranan beliau)

(Zaid Ibrahim serta RPK sempat bergambar dengan warga cina KT)

(Ceramah Zaid Ibrahim kepada warga cina KT supaya mengundi PAS)

(Dah jadi rapat plak RPK dengan Zaid Ibrahim ni)

(Nik aziz juga berkempen bersama lim kit siang kepada masyarakat tiong hua di KT)

(Nik aziz berceramah di pentas DAP cawangan KT)
(Tutup terus cawangan MCA)

(Nasib baik x gaduh)

(Perang Pilihanraya KT bermula, takbir!!!)

(Suasana selepas pusat mengundi ditutup)

(Ada 29 bulan dlm gambar ini, cuba kira...)

(Cina dan India tidak terkecuali memberikan sokongan kepada PAS)

(Pak cik saudara afif sedang merakam gambar suasana di KT)

(Perang bendera di KT)

(Suasana selepas kemenangan pas di KT diumumkan. masyarakat cina pun bersorak dengan kemenangan PAS)

(Takbir!!!! kata amoi terbabit kepada pemberita..)

(Lagi amoi bersorak meraikan kemenangan PAS sambil mendendangkan lagu rasmi PAS)

(Tak takut hudud dorang ni kot....melayu plak yg takut dgn hudud...)

(Mari kita bersatu menolak BN, jerit mereka kepada masyarakat yang sedang berjalan2 di jalan raya sambil meminum air sirap)

(RPK pula gembira x terkata sehingga menitiskan air mata kerana kemengan PAS di KT)

(Maka pakcik sedara belah sepupu papat afif datang menenangkan RPK)




Thursday, November 13, 2008

Petua penjagaan rambut

nih antara koleksi petua yg aku jumpa kat intenet..(khas utk atan ni..ahaha)....wakaka..meh kite sm2 menjalankan eksperimen ni..Slamat Mencuba bro atan!!:)

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat.Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut.Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untukmengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

5.Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa. Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.

6. Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu. Ambil tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis. Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.

7. Basahkan rambut. Ambil santan kelapa dan jirus sedikit demi sedikit di rambut sambil menggosok. Setelah selesai biarkan rambut seketika kemudian basuh dengan air suam. insyaallah rambut akan kelihatan hitam dan lebat serta bersinar.

8. menghitamkan dan memanjangkan rambut
a) ambil separuh isi kelapa dan bakar sampai hangus, kemudian diparut. campurkan sedikit air, ramas dan kacau sehigga air dan isi kelapa parut sebati. lumurkan ke seluruh rambut dan biar 15 minit sebelum disikat bagi membuang hampas yang melekat pada rambut. jika sering diamalkan, rambut kelihatan hitam menawan.

b) cuci rambut setiap pagi atau 2 kali seminggu dengan air yang diramas dengan daun rambutan atau daun bunga raya. cara ini bukan saja boleh memanjangkan rambut dengan cepat tetapi menjadikannya bertambah hitam, lebat dan berseri-seri.

9. melebatkan rambut
a) apabila hendak memasak bubur kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.

b) ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi.

10.menghilangkan kelemumur

a) ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi untuk membasuh kepala anda. selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.

b) ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. campurkan dengan 2 gelas air. selepas itu ditapis dan sapukan air itu pada kepala. biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.

c) ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. ramas semua bahan sehinga berlendir. lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.

d) ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.

Saturday, October 25, 2008

MAWI undang Anwar, nik aziz, pak lah

KUALA LUMPUR: Majlis ‘wedding of the year’ antara juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 27, dengan pelakon, Nora’asyikin Rahmat (Ekin), 29, dikhabarkan akan lebih ‘hangat’ dengan kehadiran tiga tokoh politik tanah air.

Mawi yang dihubungi Harian Metro berkata, memang menjadi impiannya majlis bersejarah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha, perkara itu masih dalam rangka senarai jemputan orang kenamaan dan belum ada perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan majlis.

“Pada dasarnya tujuan jemputan ini bagi memenuhi impian saya. Apapun, bukan mereka bertiga (Pak Lah, Anwar dan Nik Aziz ) saja diundang tetapi orang kenamaan lain turut dijemput seperti Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein serta Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Yusof Noor.

“Saya menjemput tetamu kehormat itu kerana menghormati mereka dan pernah bertemu dalam majlis korporat. Ada antara mereka pernah mengundang saya membuat persembahan. Oleh itu, tiada salahnya saya menghantar kad undangan.

“Jadi, tidak timbul isu politik kerana undangan ini untuk meraikan majlis perkahwinan saya dan Ekin. Diharap tidak ada pihak cuba menjadikannya kontroversi. Saya memang tiada niat lain,” katanya.Tetamu kehormat itu sebahagian daripada senarai jemputan bakal diundang pada majlis resepsi di Hotel Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan, di sini yang berlangsung pada 11 Januari 2009.

Pada Selasa lalu, bertempat di Theatrette Conference, Hotel Palace Of Golden Horses, Mawi dan Ekin tampil memberi penjelasan mengenai tarikh perkahwinan mereka yang ditetapkan pada 20 Disember ini, yang begitu dirahsiakan. Sekalipun sering diasak Mawi sebelum ini, berjaya mengunci mulut.

Selepas majlis pernikahan itu, pada malamnya pula akan berlangsung majlis persandingan pihak pengantin perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru dengan konsep moden kontemporari.

sumber: hmetro

Artis2 pun dah beralih kepada Pakatan Rakyat. Mesti sebab dorang tension dengan Dato seri Shah Rukh Khan yang menjadi peminat setia tun mahathir sehinggakan tun mahathir lupa akan artis2 malaysia yang lain. keh2. Nampaknya SRK akan menyertai PAS x lama lagi....kui2...

Wednesday, October 22, 2008

Pakatan Rakyat semakin hebat

Adapun kawanku ini berasal dari perak, bekas ketua pemuda umno peringkat bahagian kuala kangsar, gua pulak tak pernah menjawat apa2 jawatan hatta borang PAS pun belum ku isi. Cuma gua berteman rapat dengan saudara setul, seorang ketua pemuda PAS peringkat bahagian juga. Maka kerana kesedaran diri, pemahaman politik, maka senang benar gua bezakan kebobrokan pemerintahan UMNO bertopengkan kebaikan belaka. Walaubagaimanapun, kawanku yang juga seorang bekas ketua pemuda UMNO ini mempunyai cita rasa yang berlainan. Baginya, PAS sudah tersasar dari landasan manakala UMNO pula sudah mempunyai landasan yang betul, cuma kepimpinan UMNO yang bermasalah. Blog gua kali ini akan mengupas 2 isu yang di bangkitkan oleh blog atan supaya beliau dapat memahami permasalahan yang sebenar.

perenggan pertama:
"Ke mana arah tuju PAS yang sebenarnya diakhir zaman ini yang penuh dengan fitnah ke atas Islam seperti mana yang terkandung dalam aL-Quran dan hadith ? Perjuangan untuk Islam sepenuhnya atau kepentingan politik separuh dan agama separuh?Dalam Al Quran Allah telah pun mengingatkan kita supaya diakhir zaman akan ada kuasa kuasa besar yang terdiri daripada Yahudi dan Kristian yang akan memecah belahkan Islam dan akan menyerang Islam seperti mana yang telah pun terjadi sekarang contohnya Amerika yang cuba hapuskan kebangkitan negara-negara Islam. Allah telah berfirman Jangan kamu ambil mereka ini sebagai kawan kamu dan penolonng kamu."

Gua sokong....memang betul.....

perenggan ke 2
"Pada hari ini kita melihat saudara Dato Seri Anwar Ibrahim berkawan rapat dengan Pihak Amerika dan yang mengagumkan lagi adalah Pihak Amerika sentiasa berpihak kepada saudara Anwar Ibrahim tanpa berbelah bahagi. Amerika sanggup ikuti setiap perkembangan di Malaysia demi saudara Anwar Ibrahim.

Kalau sampai Amerika sanggup membela, bukankah itu sesuatu yang patut kita ragui? Kenapa kita menutup sebelah mata untuk kepentingan dunia? Kenapa PAS terpedaya dengan permainan Yakjuj dan Makjuj?Bagaimana keadaan kalau negara kita menjadi seperti Turki satu hari nanti seperti mana yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk yang menjadi punca kejatuhan sistem khalifah Islam akibat berkomplot dengan Barat untuk kepentingan sendiri dan perpura pura menjadi wira bangsanya pada ketika itu? Perlukah kita seorang lagi Mustafa Kamal di negara kita? Kita patut menjaga kepentingan Islam dan eratkan persaudaraan sesama ummah dan bukan sebaliknya."

Dalam situasi ini, tidak ada apa yang salah yang dibuat oleh amerika. Hebatnya anwar kerana dirinya dibela oleh alim ulama dari negara2 islam dan juga negara2 bukan islam. Cuma ada segelintir umat islam di malaysia mengutuknya. Perlu diingat, kita bukan menyokong Amerika dan sekutunya terutama ketika mereka menyerang negara islam. Kita pastinya tidak menyokong. Cumanya ada segelintir orang2 UMNO kurang mengerti. Tidak malukah orang2 UMNO? Amerika pun membela anwar, menolak ISA. Ia perkara positif. Mengapa perlu ditolak mentah2 oleh UMNO? Jika begitulah pemikiran orang2 UMNO, tiadalah teknologi2 internet dan lain2 kerana kebanyakannya bermula dari negara ini. Ulama2 negara Islam dan cendikiawan islam menyokong anwar, Islam juga menolak ISA kerana ia salah dari segi hukum syariah islam. Maka jadikanlah ia sebagai panduan.

Posting terbaru:

"Umum mengetahui bahawa kerjasama yang wujud di antara DAP, PKR dan PAS merupakan satu rantaian kerjasama yang longgar. Rantaian kerjasama ini sebenarnya terhasil apabila PKR memainkan peranan sebagai ’cangkuk penghubung’ antara DAP dan PAS. Dan, hakikat sebenarnya tidak wujud kerjasama nyata antara PAS-DAP yang jelas memperjuangkan ideologi yang bertentangan dengan PAS sibuk untuk menegakkan acuan ’Negara Islam’nya dan DAP dengan konsep ’Malaysian Malaysia’nya yang tak sudah-sudah. Dalam hal ini, PKR dilihat lebih liberal atau ’halal apa sahaja demi menumbangkan sesama melayu-islam’ konsepnya ’Keadilan Untuk Semua’ yang telah dapat diterima oleh dua kutub yang bertentangan iaitu PAS dan DAP. Sebagai bukti, ketika kemelut pelantikan Menteri Besar Perak yang lalu, telah wujud desas desus bahawa terdapat perundingan di antara PAS dan UMNO (BN) untuk bekerjasama mentadbir Perak atas dasar bagi memelihara kepentingan masyarakat Islam dam Melayu di Perak. Saya difahamkan bahawa pucuk pimpinan PAS pusat sendiri telah memberikan ’green light’ dan sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Negeri."

(Sambutan hari raya anjuran DAP di bangi. Pakatan Rakyat memang semakin mula memahami antara satu sama lain)

Peh, hebat benar UMNO. Benarkah parti ini membela islam? jika benar, mengapa hudud ditolak? mengapa politik dipisahkan? Mengapa Masyitah masih yang ketara mengutuk Islam tidak dipenjarakan atau sekurangnya dilucutkan jawatan? Islam memang adil untuk semua. Apa yang salahnya? Bila pula PKR menumbangkan orang melayu? siapa pula yang meroboh rumah2 setinggan orang melayu? Perlu diingat bahawa ada kebaikan PAS dapat memerintah Perak. Sekurang-kurangnya surau dan masjid semakin aktif. Bukannya dikuasai oleh orang2 UMNO yang mengasingkan politik dan agama. Pastinya suara2 alim ulama semakin bebas didengari oleh penduduk2 Islam majoritinya walaupun wakil2 rakyat cina lebih ramai di perak. Tidak malukah UMNO? mereka menjerit2 mahu membela islam, tetapi hiburan melampau dibenarkan, politik dan agama dipisahkan. Apakah mereka tidak malu? Alhamdulillah, selepas baru beberapa bulan IR nizar menjadi MB, TV3 tanpa disuruh, membatalkan program "sure heboh" yang melalaikan dan merosakkan orang2 melayu. Diharap pada tahun akan datang, selangor dan penang akan mengikuti langkah perak. Jika tidak pun, kurangkan program hiburan yang melampau seperti saranan mufti perlis. Untuk mengetahui tentang isu di perak, selalu2 kan lah ke perakdaily.com untuk berita terkini orang2 perak.

Wednesday, October 1, 2008

KEBODOHAN TV3 MENJELANG AIDILFITRI.

Hari ini hari raya aidilfitri. Kali ke 2 daku beraya di perantauan walaupun perantauan itu tidaklah terlalu jauh, hanya 2 jam setengah sahaja perjalanan dari KL. Namun kerana masalah kewangan global yang diwar-warkan oleh najib altantuya ibni monggolia ternyata memberi impak dan momentum terhadap diri daku lantaran kes inflasi yang saban hari semakin meningkat akibat kehebatan BN memerintah. Walaubagaimanapun, hari raya tetap ku sambut dengan perasaan gembira kerana berjaya berpuasa selama sebulan. Arakian, baju raya tahun lepas masih elok untuk dipakai dan nampak padan bila dipakai. Mungkin kerana kehenseman gua melebihi dari jenis2 pakaian menyebabkan gua pasti kacak memakai apa jenis pakaian pun.

Pagi itu seperti hari2 biasa 1 syawal. seperti manusia lain, seawal pagi daku sudah bersiap menyediakan juadah bersarapan untuk daku dan seorang lagi teman yang juga tidak balik ke kampung lantaran keborosan beliau menggadaikan PTPTN nya. Namun juadah daku tidaklah seberapa. Daku hanya menggoreng keropok terengganu yang sedia ada di dapur dan 2 cawan kopi untuk juadah kami. Alhamdulillah, tiada yang menitis mata pada saat itu walaupun mata saudara afif sudah mula melihatkan tanda2 kemerahan mata yang amat sangat. Setelah bersarapan, kami pergi bersolat raya di masjid UMS untuk melaungkan takbir kegembiraan sempena kejayaan kami menghabiskan puasa sebulan. Walaupun alunan takbir itu beralun2 sehingga sekali lagi memerahkan mata saudara afif, namun kami tetap berbuat2 gembira lantaran anjuran agama supaya umat islam bergembira di kala ini.

(Mata Afif mula menunjukkan tanda2 kemerahan lantaran kesedihan tidak balik ke marang)

Nun jauh di sudut masjid UMS, kami terlihat kelibat atan dengan wajah yang penuh hiba bertakbir. Kami hanya sempat bersalam, selepas itu, beliau seakan2 ingin menyorokkan wajahnya dari kami. Mungkin untuk menutup kesedihannya dari kami. Mungkin juga kerana janjinya untuk beraya bersama kami telah dimungkiri di malam raya. Hatta ketika balik dari masjid pun, kelibat atan hilang begitu sahaja. Telefon pun tidak diangkat walaupun berkali2 kami mencuba menghubungi beliau. Tapi tak mengapalah, mungkin beliau ada agenda lain. Selepas puas kami cuba menghubungi atan, kami nekad dengan perjalanan pertama kami. Kami terus ke rumah tunangku yang tinggal kelombong. Tidak banyak yang kami bualkan kerana kecewa tiada ketupat, lemang dan ketupat disediakan. Namun banyak makanan sabah pula dihidangkan. Tapi kami tetap bersyukur.

Tengahari, kami berehat2 di rumah. Menonton rancangan2 televisyen dan melayari internet. Itulah nasib orang yang jauh dari saudara mara. Adapun gua agak terkilan dengan tv3 kerana menayangkan filem remp it di kala laungan takbir masih sunat dilaungkan. Apa faedahnya filem ini ditayangkan di hari raya? untuk menyeronokkan mat rempit atau apa? apa relevannya rempit dengan hari raya? sesuai tv3 ni dilabelkan sebagai tv3suku kerana kebodohan melampau mereka. Tiada ucapan lain kepada tv3 selain bodoh, bangang dan biol (3B). Begitu juga dengan rancangan2 yang lain yang melihatkan karenah2 artis beraya seakan2 merekalah orang yang paling gembira di hari raya. Mungkin aurat isu lama untuk dibahaskan. Namun hukum tetap hukum. Tidak boleh kah sempena di hari raya ni, mereka bersopan sedikit? Kalau pemberita2 tv boleh memakai tudung setiap jumaat, kenapa tidak kepada artis2 ini?


Berbalik kepada filem remp it yang ditayangkan petang tadi. Siapa yang setuju filem ini memberi pengajaran lebih dari kesan buruk kepada muda mudi? Filem ini sememangnya memberi ruang yang besar untuk mat2 rempit bertakhta. seronok mat2 rempit melihat filem ini. Maka aksi2 juga akan diikut. Malah ia akan memberi ajaran baru kepada mat2 rempit yang baru menjebakkan diri dalam bidang rempit. Filem ini juga ada menayangkan ayat2 berunsur lucah yang digunakan dan ia tidak dipotong pun tadi. Begitu juga dengan adegannya agak tidak sesuai ditonton lebih2 lagi di hari raya. Betapa 3B nya mereka ini.


Kita menyokong dan seronok melihat jejak rasul dan al kuliyah serta beberapa program kebaikan yang dibuat tv3. Tetapi ia terlalu sedikit. Bukan kita mahu nafikan program hiburan, namun biarlah kena pada agama dan budaya kita. Biarlah ia membina kita supaya menjadi orang yang lebih baik. Ada juga beberapa filem yang memberi pengajaran yang baik kepada kita. Pilihlah cerita2 ini. Kenapa bodoh sangat tv3 ini?

(sedutan filem remp it yang ditayangkan petang tadi, hari raya pertama. Antara kebodohan tv3 yang tidak mengendahkan sensitiviti org islam)

orang melayu kini diambang krisis sikap yang sangat suka kepada hiburan sekarang. Lihatlah dimana-mana pun, Akademi fantasia, malaysian idol dan lain2. Begitu juga dengan ramainya remaja2 melayu menjadi mat rempit dan terlibat dalam aktivit tidak sihat. UMNO melaungkan tentang mahu membela melayu. Sudah 51 tahun. Bangsa lain tetap lebih maju dari melayu. Mereka kurang hiburan. Siaran-siaran tv jarang memaparkan kisah hiburan mereka berbanding orang melayu. Oleh itu muda mudi mereka sukar dipengaruh oleh aktiviti tidak sihat. Berbanding orang2 melayu, kisah2 khayal dan merugikan mereka terlalu banyak disiarkan dan sedar tidak sedar orang melayu semakin ketinggalan lantaran hiburan melampau yang berlebihan. Filem rempit boleh dianggap sebagai hiburan melampau kerana tiada mesej langsung dalam filem ini. Yang ada, galakan supaya lebih ramai melayu leka dan menjadi mat rempit. Selapas itu UMNO melaungkan hidup melayu. Betapa bangangnya UMNO. Lebih baik kita ikut cakap lim guan eng, "amar maaruf nahi mungkar" dari mengikut telunjuk UMNO.