Wednesday, June 18, 2008

pak lah vs mahathir vs anwar vs najib

Dr Mahathir Mohamad: Abdullah dan Najib

Analisis: Enam 'teori' politik Malaysia

KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.

Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya.

Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50.

Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat.

Teori ini bolehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat.

Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia.

Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.

Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.

Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno.

Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja.

Untuk tujuan itu Majlis Syura di mana statusnya paling tinggi dalam hierarki organisasi Pas dikatakan telah mengeluarkan pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan Pas berbincang dengan Umno.

Pandangan majlis syura itu dilihat sebagai satu perkembangan baru dalam senerio politik Pas.

Justeru ada pihak bertindak atas pandangan majlis syura berkenaan berusaha secara individu oleh pemimpin Pas termasuk pemimpin tertinggi.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga dikatakan tidak melarang usaha menyatukan Pas dengan Umno. Usaha ini sedang dilakukan tetapi secara senyap.

Titik tolak kepada usaha ini juga dibuat kerana mereka tidak percayai kepada ketulusan dan sikap politik orang yang diletakkan untuk mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Berpandukan kepada pengalaman lalu Pas begitu waspada dengan political animal Anwar Ibrahim.

Kalau ada di kalangan Pas merasa serit dengan peristiwa Pas ditendang dari BN tahun 1974 dulu, begitu juga ada di kalangan tokoh Pas merasa perit dengan Anwar Ibrahim semasa Penasihat Umum PKR itu menjadi orang nombor dua dalam Umno kira-kira 12 tahun lalu.

Lantaran itu wujud percanggahan pendapat di kalangan Pas mengenai perkara ini. Mereka yang percaya dan bersikap liberal mempercayai kepada Anwar dan menolak apa juga usaha dan alasan agar dicari pendekatan dengan Umno.

Sebaliknya mereka yang sangsi kepada Anwar cuba mencari alternatif baru dengan menghulurkan tangan persahabatan dengan Umno.

Yang bakal menentukan apakah usaha pendekatan Pas dengan Umno ini berjaya atau tidak ialah ahli-ahli Pas sendiri.

Dipercayai muktamar Pas tahun ini akan membuat ketetapan berhubung langkah-langkah ini dan sekaligus menjadi muktamar berkenaan panas dan hangat.

Adalah diyakini muktamar akan memutuskan bahawa pakatan dengan Umno mungkin ditamatkan. Ini kerana sikap Mursyidul Am Pas yang berkali-kali menjelaskan beliau (Pas) sudah serit untuk berbaik dengan BN.

Suara dan pandangan Mursyidul Am Pas sering diterima walaupun tidak betul tetapi atas nama dan kapasitinya sebagai Mursyidul Am jarang ahli Pas membantahnya.

Ketiga, mengenai pergolakan di dalam Umno, di mana ada usaha oleh puak-puak Mohd Najib Razak untuk menjatuhkan Abdullah secara terhormat.

Mereka berusaha agar pelan peralihan kuasa berlaku sebelum Disember ini dimana Najib diharap akan mengambil tempat Abdullah.

Gerakan ini sekarang proaktif di mana ia disertai sama oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang akan mendapat tuah dan laba besar daripada peralihan kuasa ini dikatakan bergerak sekali dengan Najib.

Para penyokong dan pencacai politik Muhyiddin bergabung tenaga secara tidak nyata dengan orang-orang Najib.

Tindakan Muhyiddin yang mengistyharkan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden adalah strategi beliau memaksa Najib berganjak ke atas.

Tektik dan politik Muhyuddin ini katanya sudah dicurigai Abdullah menyebabkan Abdullah kini benar-benar tidak senang dengan tindak tanduk politik Muhyiddin.

Manakala Muhyiddin kini dikatakan berada dalam dilema sekiranya Najib tidak berganjak beliau bakal menghadapi masalah. Bidalan kerana santan pulut binasa kini katanya sedang melanda Muhyuddin.

Keempat mengenai usaha Ku Li untuk melawan Abdullah. Ku Li kini sedang mengatur dan mencatur politik dalaman Umno untuk membolehkan beliau layak bertanding merebut jawatan presiden Umno.

Apakah Ku Li berjaya melepasi sekatan yang mengenakan kuota 30% itu ataupun tidak. Dalam usaha ini Ku Li sudah menjelajah hampir ke seluruh negara bagi memastikan beliau cukup pencalonan untuk menentang Abdullah.

Sekiranya Ku Li mendapat 58 pencalonan, ia sesuatu yang menarik dan ada yang menjangkakan keadaan itu menyebabkan Abdullah akan menerima nasib seperti Ghafar Baba dalam tahun 1993 dulu sewaktu diasak oleh Anwar Ibrahim.

Kelima ialah mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan kembali kepada Umno. Walaupun Anwar menafikan kemungkinan ini tetapi ia tidak mudah diterima oleh umum.

Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu.

Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib.

Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyiddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno.

Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu.

Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebaliknya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Keenam, apakah ada parti komponen BN yang akan meninggalkan komponen itu dalam masa terdekat ini. Khabar angin tersebar luas kononnya ada sebuah parti komponen akan meninggalkan BN.

Perkara ini bukan diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sebali ianya dinyatakan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Walaupun ada parti-parti tertentu telah menafikan dan sekaligus menyatakan kesetiaan mereka kepada BN, namun semua itu tidak dapat menutup percakapan umum mengenai perkara itu.

Hari ini mereka boleh menafikan, tetapi esok lain jadinya. Sudah banyak keadaan demikian berlaku dan inilah menyebabkan orang ramai tidak mudah untuk mempercayai apa saja cakap malah janji dan sumpah dalam politik.

Kesimpulan antara teori-teori itu yang manakah akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Sama-samalah kita menunggunya. Boleh jadikan juga keenam-enam itu tidak akan menjadi kenyataan dan hanya asap dan kabus sahaja.

5 comments:

DatOk ZeQ said...

Bro
Kemungkinan tetap ada, tetapi firasat Pak Sheikh RAHMAN dulu masih boleh diguna pakai. Tetapi bila akan berlaku kita kurang pasti. Pak Lah dah berjanji akan meyerahkan kuasa kepada Najib, tapi tak bertarikh. Mungkin 5 tahun lagi? Najib mungkin dah temakan helah !

Apa apa pun kita tunggu dan lihat

Pencarian said...

Hallo Bos..,
firasat, keyakinan dan tekaan tidak menjanjikan apa2. sekarang ini yang paling utama adalah pembuktian. Kalau cakap, semua orang boleh kecuali orang bisu dan bermasalah dalam komunikasi.

Politik sekarang dah semakin teruk. Janji sana sini tapi setelah tampuk pemerintahan didapat, mangsa utama tetap rakyat.

Saya syorkan, kepada yang berkelayakan buktikan. Jangan hanya bercakap.

faizhensem said...

ini cuma teori whi para bro2 sekelian...ada pun politik BN yg agak kucar kacir skrg....maka logiknya kuasa diberi kepada parti yg stabil dan bersih hendaknya...

enchek bam said...

Salam Bro,

berdasarkan kajian saya kemunculan teori ke-7 adalah amat ditakuti berikutan pengaruhnya terhadap keadaan ekonomi masa kini. berikutan ura-ura yang saya perolehi ketika bersembang dgn ahli umno bahagian nountun, terdapat seorg ahli radikal pas dikenali sbgi faizhensem yang kini cuba melobi dirinya sendiri menjadi pemuda pas bangi iaitu dgn niat menewaskan sdr setul yang kini memegang jawatan tersebut. tarikh penggulingan takhta ini dijangka berlaku sebelum muktamar pas yang akan datang.

andai kata berjaya, beliau pasti akan mendesak kerajaan pusat agar mengurangkan duti import rokok supaya harga pasaran menjadi lebih murah dan kegiatan penyeludupan rokok akan berkurangan. beliau juga akan meminta polis melepaskan rokok surya seludup yang dirampas semalam sebanyak 97,000 karton bernilai jutaan ringgit (buletin utama,17 june 08). jumlah karton itu mencukupi untuk supply en faizhensem hanya kira2 2 bulan sahaja. anggaran ni dibuat dengan menganalisa secara saintifik jumlah batang sehari sejak 4 tahun lalu(nazmi nam,2004).

agenda tersembunyi amat ditakuti. bekas presiden fomca, ketika ditemuramah berkata "sepatutnya beliau mengambil jalan untuk mengurangkan harga minyak di pasaran dan bukan hanya mementingkan diri untuk mengurangkan cukai rokok". terdapat sumber lain menyatakan bahawa faizhensem ini akan melarang imej bergambar dan juga kata 'amaran oleh kerajaan: merokok membahayakan kesihatan' daripada dicetak diatas kotak rokok, gudang garam terutamanya. sebaliknya digantikan dgn 'nasihat oleh kerajaan: rokok nie xde la bahaye sgt' atau 'kini, semua orang boleh merokok'.

dipercayai sekiranya perkara ini benar2 terjadi, persatuan kegiatan sapu sampah jalanan atau KOTOR akan mengadakan demonstrasi bantahan lantaran semakin banyak puntung rokok dibuang merata2. pusat penataran ilmu dan bahasa, PPIB juga mengadakan tunjuk perasan membantah pengwujudan subjek baru iaitu 'perakaunan untuk perokok' serta 'smoking I, II dan III' dan juga 'embedded cigarettes'.

faizhensem said...

sayonara, walaupun ada pihak menuduh si faizhensem begitu, namun faizhensem masih orang yang sama. selain mempunyai budi pekerti dan berhemah tinggi, beliau juga berjaya mengextendkan dirinya selama 1 sem. ada pun atas keputusan senat, hal ini masih di peringkat kuasa pusat, namun kerana kepentingan individu iaitu saudara shahrizal rizam dari nounton yang merayu faizhensem supaya menemaninya nyata mempengaruhi si faizhensem lalu mengextendkan dirinya.