Sunday, August 10, 2008

ATAN YANG AKTIF

Belum pun cukup 1 hari berlalu, tika fajar pun belum menyinsing, tika bulan mengambang penuh, cabaran yang gua berikan kepada saudara atan ternyata memberi impak yang sangat positif kepada beliau. Tidak sampai 12 jam beliau dapat menghasilkan 5 artikel secara berturut-turut demi dendam kesumatnya kepada gua sehingga beliau meletakkan gambar gua yang paling tidak hensem dalam blognya. walhal blog gua telah pun diberi nama guahensem. namun, beliau cuba menidakkan kehenseman gua dan cuba mengiktiraf yang beliau lebih hensem dari gua. walaubagaimana pun, gua salut iltizam dan semangat juang beliau dalam menegakkan benang yang basah.

apa yang dapat gua lihat, saudara atan sama sahaja seperti orang-orang umno yang lainnya. hanya menyokong dasar kerajaan BN membuta tuli dan menolak kepimpinan pembangkang seboleh2nya.Namun apa yang pasti, beliau dapat menerima kenyataan bahawa Pakatan rakyat sudah pun dapat menawan negeri kelahirannya(Perak) menyebabkan beliau begitu terkilan sekali dengan meneruskan sandiwara melayu perlu bersatu dalam UMNO. Meskipun begitu beliau masih mempunyai hubungan yang baik dengan gua cuma dari segi ideologi politiknya tidak dapat diubah dan beliau menegaskan lagi cita-citanya menjadi wakil rakyat umno dan merampas kembali Perak dari tangan 'Ir Nizar' kerana beliau juga mahu mendapatkan title "Ir" itu juga amnya. Oleh kerana mengejar title Ir gua dan atan extend. adapun bam dan yang lainnya seperti kucai dan nadia tidak percaya dengan sistem demokrasi UMS yang masih kalut dengan karenah birokrasi.
Adapun suara komuniti atan sudah mula menunjukkan taringnya dengan menghasilkan 5 artikel panjang yang beliau tulis dalam masa yang sangat singkat. gua difahamkan beliau mahu mengembangkan ideologinya ke peringkat antarabangsa dan mempengaruhi pemikiran2 penyokong PR seperti gua dan fendi serta bam supaya beralih menjadi penyokong BN. Namun ia tidaklah mudah seperti yang beliau sangkakan. Ini kerana sejak dari kecil gua telah diserapkan dengan pemahaman PAS dari bapak gua serta uztaz2 dari sekolah agama terus menerus memberi sokongan kepada gua untuk menjatuhkan empayar atan yang kian hari kian malap dengan krisis dalaman UMNO cawangan tempat beliau sendiri. sebab itu beliau dipecat dari jawatan ketua pemuda umno di kawasan beliau.

6 comments:

mr. zharie said...

woi..gambar aku lagi.. mati la ini macam..siot la

faizul hadi said...

abis dah gambar ko kat komputer aku...ko ada gambar lain lg?
ahak2...

RusilaBoy said...

hello bro 2 orang....
X usah gaduh2...
lebih baik mandi pantai kt Karambunai
lagi best....
apa mcm???

faizhensem said...

mgu depan ar karambunai...
amcm? ada berani?

mr. zharie said...

bran la jugak. kete awek ko la. kete bam dah uzur.

faizhensem said...

naik moto ar....br sempoi...sapa suruh kerajaan pujaan ko naikkan minyak...kan dah kena naik moto...