Rancangan asal gagasan gagak berantai ke karambunai yang patutnya bermula pada hari ini terpaksa ditangguhkan kepada esok hari bersamaan 17 Ogos 2008. Presiden baru gagasan gagak berantai berkata, penangguhan itu berlaku kerana beliau sibuk dengan penamaan calon di permatang pauh bagi memberi sokongan kepada DSAI. Manakala timbalan presiden gagasan gagak berantai(atan) pula sibuk dengan memberi sokongan kepada calon BN(nama x berapa terkenal dan confirm kalah). Maka oleh sebab itu ia ditangguh pada esok hari memandangkan kedua2nya sibuk berpolitik pada parti yang berlawanan.
Atas arahan presiden gagak berantai(gua), maka gua telah menyiapkan susur jalur yang sesuai supaya kejadian pada hari ini tidak berulang;
9.30-10.30 pagi: Para peserta dikehendaki berkumpul di Rumah Setiausaha agong gagak berantai atau afif di Indah Permai. segala keperluan perlulah lengkap supaya pinjam meminjam seluar dalam tidak berlaku ketika mahu berkelah nanti.
10.30-11.00 pagi: Bertolak ke karambunai. Berkemungkinan besar para peserta dikehendaki menaiki motosikal atau menumpang motosikal orang lain bagi yang tidak mempunyai kenderaan kerana kesan kenaikan harga minyak akibat kelemahan kerajaan BN dalam mengurus harta negara walaupun negara ini pengeksport minyak. Dijangka sampai ke karambunai pada jam 11.00 jika tiada aral melintang mahupun ribut taufan.
11.00-1.00: Aktiviti bebas. Para peserta boleh pergi kemana sahaja yang mereka mahu hatta sampai ke pulau gaya pun. Namun pihak gagasan berantai tidak bertanggungjawab atas segala kejadian yang tidak diingini berlaku.
1.00-2.00: solat zohor secara berjemaah dan makan tengahari. Masakan bakal disediakan oleh AJK masakan yang juga timbalan presiden, atan. segala makanan yang tidak sedap hendaklah dilaporkan kepada beliau.
2.00-5.00: Bermain ping pong di hotel karambunai. Para peserta juga boleh mencuba permainan lain seperti gym, bola pantai dan yang lainnya yang tersedia di hotel berkenaan. Hadiah sebatang rokok akan diberikan kepada pemenang yang berjaya masuk ke peringkat akhir. Keputusan juri adalah muktamad.
5.00-6.00: solat asar berjemaah serta makan kupang di jalan KKIP. perbelanjaan atas diri sendiri. Jika berkemampuan, boleh beli 5 set terus.
6.00-7.00: solat maghrib berjemaah serta aktiviti bebas.
7.00-10.00: Aktiviti ke KK. Atan akan mencabar afif dalam piala terbuka snuker peringkat bahagian. para peserta boleh mencari aktiviti lain ataupun terus tidur di kediaman masing2. hanya afif dan atan sahaja wajib mengikuti aktiviti snuker ini.
10.00-12.00: makan malam dan kembali ke kediaman masing2....doa penutup majlis akan disempurnakan oleh as-syeikh al-ustaz afif maharam, anak didik ust azhar idrus.. tamat....
Bahagian jawatankuasa gagak berantai:

1.) penyelaras program: gua
2.) AJK bahagian makanan: saudara Atan (juga ketua cawangan gagak berantai di KF).
3.) AJK bahagian rohani dan perpaduan: Afif (Setiausaha agong gagak berantai peringkat bahagian Indah Permai)

4.) Ketua bahagian Sukan: Luk (ketua cawangan gagak berantai peringkat bahagian Indah Permai)
Nama2 peserta peringkat Indah permai yang dijemput:
1) ebdafie
2) Boy
3)dan peserta2 lain yang berminat. Pihak gagasan berantai akan menapis calon-calon yang layak mengikuti program ini......sekian...

6 comments:
apekah ini schedule pakatan bukan barisan.. tukar2.. kroni je ni.
oi....kroni2 pun ko terlibat sama jugak dalam perancangan esok ni...masak sedap2 skit bro atan...
masak apa?
masak apa ya? ko rasa masak apa yg sempoi? masak nasi kosong je la bro...pastu nanti kita beli lauk...tapi kalau ko pandai masak tom yam sehebat tom yam di king fisher lg sempoi bro....
wOOooii..gambar aku. xelok la letak2 gambar. main kotor
la...dah ko publish kat blog ko....gua publish ar...wei...sempoi x rancangan esok?
Post a Comment