(Afif dan Badshah menggayakan barang hantaran rakannya secara senyap2. Malahan, topi koboi turut dirembat sekali oleh beliau).
(Mereka juga berposing penuh bergaya seolah2 moto ini mereka yang punya. Walhal, umum telah mengetahui bahawa gua telah membeli moto baru ini lalu mereka pula menumpang menangkap gambar di atas motosikal gua).
(Buah-buahan juga telah hilang satu persatu dipercayai telah lesap ke dalam perut afif dan rakan hindi nya itu).
(Badshah membuat muka tidak bersalah seolah-olah beliau tidak memakan buah2 hantaran meminang terbabit).
(Mat (paling kiri) yang mendakwa dirinya kacak turut hadir memeriahkan majlis)
(Kata-kata cool dari bapak budak hensem memukau para pemerhati politik)
(Tandatangan akujanji supaya me"lompat" pada tanggal 16september bersempena hari penubuhan Malaysia).
(Atan juga sempat bergambar dengan jejaka terhensem seantero malaya walaupun beliau menafikan hakikat terbabit)
(Dari kiri, si kacak, mat hindustan dan bakal cikgu besar ajis bersantai menunggu hidangan diberi).
(Afif yang juga jurukamera pada majlis gilang gemilang itu gagal menyempurnakan gambar2 yang terang dan berkualiti. Sebaliknya banyak gegaran meskipun beliau mengiktiraf dirinya professional).
(Mereka sempat meninjau sumandak2 yang masih kekosongan untuk di'add'kan ke dalam senarai friendster dan facebook masing2).
(Ajis termenung panjang mencari idea untuk nukilan tulisan di blognya berkenaan SAPP).
(Mat, boy dan ajis menunggu juadah berbuka puasa)
(Gagasan Terengganukite...mat dan afif. afif kelihatan lesu tidak bermaya lantaran bergiat aktif mendengar ceramah azhar idrus)
(Orang plg hensem melihat karenah rakan2nya)
(Anak Ibrahim menang peringkat pertama di permatang pauh, 16 september tahun depan mungkin ke putrajaya. tunggu duit2 dari sabah melompat.)
(Upacara mengangkat sumpah sebagai tunang orang hensem.)
(Majlis tamat, Upacara menyerah harta benda hantaran kepada si peminang)
(Jamsyir Adli, adikku yg paling bongsu.)
(Mereka juga berposing penuh bergaya seolah2 moto ini mereka yang punya. Walhal, umum telah mengetahui bahawa gua telah membeli moto baru ini lalu mereka pula menumpang menangkap gambar di atas motosikal gua).
(Tandatangan akujanji supaya me"lompat" pada tanggal 16september bersempena hari penubuhan Malaysia).
(Ajis termenung panjang mencari idea untuk nukilan tulisan di blognya berkenaan SAPP).
(Mat, boy dan ajis menunggu juadah berbuka puasa)
(Gagasan Terengganukite...mat dan afif. afif kelihatan lesu tidak bermaya lantaran bergiat aktif mendengar ceramah azhar idrus)
(Orang plg hensem melihat karenah rakan2nya)
5 comments:
hoi.. mana adil cam ney... mana keadilan??? mana DSAI ney???
DSAI kat umah dia la....
x kan kat umah ko...
dah la bersepah2...
x ingin dia...kah2...
bagus2...
lompat jgn x lompat...
dari luar negara pun boleh lompat...
janji lompat tinggi2..
Lompat jangan tak lompat,
Lompat tu jangan tinggi tinggi,
Lompat lah cepat-cepat,
Biar najib dan che det lari.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Cepatlah MP lompat,
Biar pak lah tak tidur lagi.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau rasa nak lompat,
Janganlah pakat tunggu lagi.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau MP sudah lompat,
Maka rakyatpun senang hati.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau jadi MP lompat,
Maka ramai yang pakai gari.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Jangan tunggu lewat-lewat,
Takut banyak yang cabut lari.
wei...
tu pantun gua wei....
siot tol....
penat2 gua pikir...
oiii ziemal.. itu anak anwar yg ko pinang sebijik mcm ustazah dalam drama Ta'in.. hahahaha..
Post a Comment