Monday, June 23, 2008

Bangi bandar ilmu

buat saudara azrul dan bro2 yg lainnya.....

mutakhir ini tmpt kawasan gua telah diadakan 1 majlis perasmian Bangi bandar berilmu. mungkin ia akan mengalahkan kehebatan kawasan sungai buluh dari segi keselamatan penjara yang mantap sehingga bro2 dari prison break pun x mampu memecahkan penjara terbabit kecuali bam enam. artikel ini gua ciplak dari harakahdaily.net.....inilah kesan2 kuasa berpolitik. mas idayu dan ella kami x mahu(personalitinya). tetapi majlis2 ilmu kami mahu. ini terbukti kerana pada bulan ini sahaja sudah ada bermacam2 jenis aktiviti keilmuan termasuk ceramah2 politik dan agama di bangi.

BANGI, 23 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, asas keilmuan yang ada pada seseorang itu adalah keterbukaan mindanya untuk menerima pemikiran dan pendapat yang berbeza-beza.

Katanya, ketidaksamaan pemikiran itu harus diterima yang penting ia bertujuan memberi kemenangan kepada rakyat.

"Pandangan dan pendapat yang berbeza akhirnya akan meningkatkan pemikiran masyarakat ke tahap yang lebih tinggi,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Bandar Baru Bangi sebagai Bangi Bandar Ilmu di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) semalam.

Menurut beliau, kerajaan negeri menyokong sepenuhnya usaha menjadikan Bangi Bandar Ilmu memandangkan prasarana yang cukup termasuklah dikelilingi berpuluh-puluh institusi pendidikan.

"Kalau dilihat secara menyeluruh, pendapatan perkapita penduduk Bangi dikatakan tinggi berbanding kawasan lain, bahkan ahli keluarga di sini boleh berbelanja mendapatkan bahan bacaan untuk anak-anak mereka,"katanya.

Sehubungan itu, katanya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam perancangannya untuk mengusahakan 'book mall' yang memberi kemudahan orang ramai membaca dan membeli buku.

Bahkan katanya, penjualan buku pula bukan sahaja boleh didapati di kedai buku tetapi kerajaan berhasrat memperluaskan misalnya di tempat-tempat makan.

"Usahawan-usahawan yang ingin menjual buku-buku diberikan tempat yang sesuai dan kos sewaan mestilah rendah supaya mereka dapat menjana keupayaan untuk menarik pelanggan dan apabila mereka dikenali masyarakat maknanya dia boleh membayar dengan harga yang sesuai,"ulasnya.

Usaha itu juga, kata beliau perlu ada pemasaran yang baik supaya dapat memasarkan dan menarik mereka yang berminat untk mencari dan membeli buku.

Ketika ditanya tentang kritikan dan dakwaan sesetengah pihak berhubung pentadbiran di Selangor, Khalid sentiasa bersikap terbuka malah menggalakan mana-mana pihak untuk mengeluarkan pendapat yang berbeza.

"Saya memang galakkan sebab 'jejak ilmuan' ini menggalakkan perbezaan pendapat, asalkan ia adalah untuk mencari kebenaran, jadi mereka yang tidak mencari kebenaran akan tertinggal dalam 'jejak ilmuan',"katanya.

Sementara itu, Adun Kawasan Bangi, Dr Shafie Abu Bakar ketika ditemui dalam sidang media berkata, usaha menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Ilmu adalah salah satu Manifesto PAS dalam pilihan raya baru-baru ini.


Malah katanya, dalam merealisasikan usaha itu secara tidak langsung akan memberi konsep dan falsafah kepada masyarakat Bangi agar mereka percakapan mereka berpaksikan kepada ilmiah.

"Inilah misi utama, supaya rakyat Bangi bukan bercakap kosong, tetapi penuh dengan ilmu dan fakta-fakta yang tepat, gaya seperti orang berilmu,"katanya.

Ekoran itu, beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ilmiah bagi merealisasikan usaha itu, antaranya menerbitkan jurnal Bangi, mengadakan seminar, konvensyen, serta dialog antara kaum.

"Kita akan manfaatkan masyarakat Bangi yang ramai dikalangan pendidik untuk mengadakan perbincangan dan kuliah berhubung usaha itu bersama-sama rakyat kawasan ini,"katanya.

Hampir 1000 penduduk Bangi mengikuti pelancaran itu yang turut membentangkan dua kertas kerja iaitu 'Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu' oleh Prof. Dr Shahrir Md Zin, kertas kedua 'Keperluan Infrastruktur Melengkapkan Bangi Bandar Ilmu' oleh Prof. Chamuri Siwar. - mks. _

SAPP dan pak lah al-hadhari

ORANG paling terkjut dengan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar dari gabungan BN hari ini ialah (18 Jun 2008) Abdullah Ahmad Badawi. Keputusan itu memberi signifikan kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Alasan parti itu keluar BN kerana mereka hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.

Tidak percaya ini adalah kes berat. Ia samalah dengan makmum tidak percaya kepada imam. Apabila makmum hilang keyakinan kepada imam, maka makmum itu akan bertindak mufaraqah – meninggalkan imam berkenaan daripada meneruskan sembahyang bersama.

Tindakan parti pimpinan Yong Teck Lee mufaraqah Abdullah itu samalah dengan tindakan makmum meningalkan imam dalam sembahyang. Dalam konteks ini Teck Lee dan ahli partinya sudah tidak mempercayai dan yakin kepada Abdullah lagi selaku perdana menteri dan juga pengerusi BN.

Justeru Abdullah harus dan memang kena terkejut. Dalam beliau asyik ‘mengimamkan sembahyang' dan setiap saat mendakwa dia seorang imam berwibawa dan alim, khusyuk tiba-tiba ada makmum yang bertindak meninggalkannya.

Anihnya juga sebelum ini Abdullah tidak tahu menahu yang parti berkenaan akan meninggalkan BN. Isyarat yang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) berikan juga tidak dipedulikan. Kalau benar Abdullah tidak tahu seperti mana dakwanya ini bermakna beliau memang tidak layak menjadi pengerusi sebuah gabungan seperti BN itu.

Malu dan aiblah kalau seorang pengerusi tidak mengetahui apa yang sedang berlaku dalam periuk nasi rumah tangganya! Dalam konteks politik apa yang berlaku itu sebagai temparan kepada kepimpinan Abdullah apa lagi SAPP bercadang untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Abdullah di Parlimen.

Ekoran peristiwa malang itu, apa yang membimbangkan Abdullah ialah apabila seorang makmum sudah mufaraqah pemerintahannya maka ia pasti akan diikuti oleh makmum yang lain. Kalau gabungan BN kini boleh dianggapkan sebagai sebuah jemaah sedang mendirikan solat dengan jemaah seramai 14 orang dan solat itu sedang diimami oleh Imam Hadhari Abdullah Badawi kini salah seorang makmumnya sudah meninggalkan imam berkenaan.

Tentu ada sebab-sebab dan hujah kemas mengapa makmum berkenaan mengambil langkah yang dihalalkan itu. Sekiranya imam berkenaan benar-benar sudah batal dan tidak dapati diikuti tidak mustahil makmum-makmum lain juga akan turut sama memufaraqah sembahyang berkenaan dan mencari imam lain. Perlu diingat mengikuti seorang imam yang melakukan perbuatan membatalkan sembahyang menyebabkan sembahyang kita juga akan turut terbatal kalau tidak meninggalkannya!

Dalam hubungan tindakan Teck Lee itu kalau Yong Teck Lee nampak akan kesilapan dan kesalahan Abdullah, tentu pemimpin parti lain juga ikut nampak sama dan kemungkinan akan mengambil tindakan sama seperti parti Maju Sabah itu.

Kemungkinan dan perkembangan inilah yang menakut dan merisaukan Abdullah. Sudah pasti sejak semalam Abdullah sudah mula mengubah tabiat hidupnya daripada banyak tidur kepada banyak jaga. Abdulah tidak lagi boleh terlalu lena kerana keadaanya sudah terdesak dan mencemaskan.

Bayangkan apa akan jadi kepada gabungan BN kalau selepas ini ada dua tiga buah lagi parti gabungannya bertindak meninggalkan BN? Seperti mana dakwa pemimpin PKR, Mohd Azmin Ali terdapat dua buah parti komponen BN yang akan bertindak keluar BN. Dakwaan Azmin itu sudah menjadi kenyataan.

Sementara itu dari maklumat tertentu, terdapat satu komponen BN dikatakan bakal mengambil tindakan sama seperti Parti Maju Sabah lakukan itu. Komponen itu kali ini datangnya dari Semenanjung. Pasti sekali lagi desas desus ini menyebabkan Abdullah semakin tidak boleh tidur.

Ada dua parti dari Semanjung yang menampakkan tanda-tanda akan keluar BN, kalau tidak Gerakan ia mungkin MCA.

Sudah pasti maklumat ini akan dinafikan oleh para pemimpin Umno seperti terjadi ke atas Parti Maju Sbaah itu. Naib Presiden Umno Mohd Ali Rustam mengatakan pendedahan yang dibuat Ku Li berhubung tindakan parti Maju Sabah itu sebagai gimik saja.

Nah... sekarang apa sudah jadi Yong Teck Lee benar-benar membawa SAPP keluar dari BN. Apakah yang berlaku itugimik lagi? Ataunya memang benar-benar mengagapkan pemimpin Umno! Kita tunggu perkembangan selanjutnya....

Thursday, June 19, 2008

Analisis: Satu lagi parti akan ikut jejak SAPP, Gerakan atau MCA?

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL: Answers to questions & SAPP

ORANG paling terkjut dengan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar dari gabungan BN hari ini ialah (18 Jun 2008) Abdullah Ahmad Badawi. Keputusan itu memberi signifikan kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Alasan parti itu keluar BN kerana mereka hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.

Tidak percaya ini adalah kes berat. Ia samalah dengan makmum tidak percaya kepada imam. Apabila makmum hilang keyakinan kepada imam, maka makmum itu akan bertindak mufaraqah – meninggalkan imam berkenaan daripada meneruskan sembahyang bersama.

Tindakan parti pimpinan Yong Teck Lee mufaraqah Abdullah itu samalah dengan tindakan makmum meningalkan imam dalam sembahyang. Dalam konteks ini Teck Lee dan ahli partinya sudah tidak mempercayai dan yakin kepada Abdullah lagi selaku perdana menteri dan juga pengerusi BN.

Justeru Abdullah harus dan memang kena terkejut. Dalam beliau asyik ‘mengimamkan sembahyang' dan setiap saat mendakwa dia seorang imam berwibawa dan alim, khusyuk tiba-tiba ada makmum yang bertindak meninggalkannya.

Anihnya juga sebelum ini Abdullah tidak tahu menahu yang parti berkenaan akan meninggalkan BN. Isyarat yang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) berikan juga tidak dipedulikan. Kalau benar Abdullah tidak tahu seperti mana dakwanya ini bermakna beliau memang tidak layak menjadi pengerusi sebuah gabungan seperti BN itu.

Malu dan aiblah kalau seorang pengerusi tidak mengetahui apa yang sedang berlaku dalam periuk nasi rumah tangganya! Dalam konteks politik apa yang berlaku itu sebagai temparan kepada kepimpinan Abdullah apa lagi SAPP bercadang untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Abdullah di Parlimen.

Ekoran peristiwa malang itu, apa yang membimbangkan Abdullah ialah apabila seorang makmum sudah mufaraqah pemerintahannya maka ia pasti akan diikuti oleh makmum yang lain. Kalau gabungan BN kini boleh dianggapkan sebagai sebuah jemaah sedang mendirikan solat dengan jemaah seramai 14 orang dan solat itu sedang diimami oleh Imam Hadhari Abdullah Badawi kini salah seorang makmumnya sudah meninggalkan imam berkenaan.

Tentu ada sebab-sebab dan hujah kemas mengapa makmum berkenaan mengambil langkah yang dihalalkan itu. Sekiranya imam berkenaan benar-benar sudah batal dan tidak dapati diikuti tidak mustahil makmum-makmum lain juga akan turut sama memufaraqah sembahyang berkenaan dan mencari imam lain. Perlu diingat mengikuti seorang imam yang melakukan perbuatan membatalkan sembahyang menyebabkan sembahyang kita juga akan turut terbatal kalau tidak meninggalkannya!

Dalam hubungan tindakan Teck Lee itu kalau Yong Teck Lee nampak akan kesilapan dan kesalahan Abdullah, tentu pemimpin parti lain juga ikut nampak sama dan kemungkinan akan mengambil tindakan sama seperti parti Maju Sabah itu.

Kemungkinan dan perkembangan inilah yang menakut dan merisaukan Abdullah. Sudah pasti sejak semalam Abdullah sudah mula mengubah tabiat hidupnya daripada banyak tidur kepada banyak jaga. Abdulah tidak lagi boleh terlalu lena kerana keadaanya sudah terdesak dan mencemaskan.

Bayangkan apa akan jadi kepada gabungan BN kalau selepas ini ada dua tiga buah lagi parti gabungannya bertindak meninggalkan BN? Seperti mana dakwa pemimpin PKR, Mohd Azmin Ali terdapat dua buah parti komponen BN yang akan bertindak keluar BN. Dakwaan Azmin itu sudah menjadi kenyataan.

Sementara itu dari maklumat tertentu, terdapat satu komponen BN dikatakan bakal mengambil tindakan sama seperti Parti Maju Sabah lakukan itu. Komponen itu kali ini datangnya dari Semenanjung. Pasti sekali lagi desas desus ini menyebabkan Abdullah semakin tidak boleh tidur.

Ada dua parti dari Semanjung yang menampakkan tanda-tanda akan keluar BN, kalau tidak Gerakan ia mungkin MCA.

Sudah pasti maklumat ini akan dinafikan oleh para pemimpin Umno seperti terjadi ke atas Parti Maju Sbaah itu. Naib Presiden Umno Mohd Ali Rustam mengatakan pendedahan yang dibuat Ku Li berhubung tindakan parti Maju Sabah itu sebagai gimik saja.

Nah... sekarang apa sudah jadi Yong Teck Lee benar-benar membawa SAPP keluar dari BN. Apakah yang berlaku itugimik lagi? Ataunya memang benar-benar mengagapkan pemimpin Umno! Kita tunggu perkembangan selanjutnya....

Wednesday, June 18, 2008

VIDEO RINGKASAN HARGA MINYAK

Dr Mahathir Mohamad: MASA DEPAN UMNO

pak lah vs mahathir vs anwar vs najib

Dr Mahathir Mohamad: Abdullah dan Najib

Analisis: Enam 'teori' politik Malaysia

KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.

Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya.

Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50.

Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat.

Teori ini bolehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat.

Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia.

Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.

Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.

Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno.

Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja.

Untuk tujuan itu Majlis Syura di mana statusnya paling tinggi dalam hierarki organisasi Pas dikatakan telah mengeluarkan pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan Pas berbincang dengan Umno.

Pandangan majlis syura itu dilihat sebagai satu perkembangan baru dalam senerio politik Pas.

Justeru ada pihak bertindak atas pandangan majlis syura berkenaan berusaha secara individu oleh pemimpin Pas termasuk pemimpin tertinggi.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga dikatakan tidak melarang usaha menyatukan Pas dengan Umno. Usaha ini sedang dilakukan tetapi secara senyap.

Titik tolak kepada usaha ini juga dibuat kerana mereka tidak percayai kepada ketulusan dan sikap politik orang yang diletakkan untuk mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Berpandukan kepada pengalaman lalu Pas begitu waspada dengan political animal Anwar Ibrahim.

Kalau ada di kalangan Pas merasa serit dengan peristiwa Pas ditendang dari BN tahun 1974 dulu, begitu juga ada di kalangan tokoh Pas merasa perit dengan Anwar Ibrahim semasa Penasihat Umum PKR itu menjadi orang nombor dua dalam Umno kira-kira 12 tahun lalu.

Lantaran itu wujud percanggahan pendapat di kalangan Pas mengenai perkara ini. Mereka yang percaya dan bersikap liberal mempercayai kepada Anwar dan menolak apa juga usaha dan alasan agar dicari pendekatan dengan Umno.

Sebaliknya mereka yang sangsi kepada Anwar cuba mencari alternatif baru dengan menghulurkan tangan persahabatan dengan Umno.

Yang bakal menentukan apakah usaha pendekatan Pas dengan Umno ini berjaya atau tidak ialah ahli-ahli Pas sendiri.

Dipercayai muktamar Pas tahun ini akan membuat ketetapan berhubung langkah-langkah ini dan sekaligus menjadi muktamar berkenaan panas dan hangat.

Adalah diyakini muktamar akan memutuskan bahawa pakatan dengan Umno mungkin ditamatkan. Ini kerana sikap Mursyidul Am Pas yang berkali-kali menjelaskan beliau (Pas) sudah serit untuk berbaik dengan BN.

Suara dan pandangan Mursyidul Am Pas sering diterima walaupun tidak betul tetapi atas nama dan kapasitinya sebagai Mursyidul Am jarang ahli Pas membantahnya.

Ketiga, mengenai pergolakan di dalam Umno, di mana ada usaha oleh puak-puak Mohd Najib Razak untuk menjatuhkan Abdullah secara terhormat.

Mereka berusaha agar pelan peralihan kuasa berlaku sebelum Disember ini dimana Najib diharap akan mengambil tempat Abdullah.

Gerakan ini sekarang proaktif di mana ia disertai sama oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang akan mendapat tuah dan laba besar daripada peralihan kuasa ini dikatakan bergerak sekali dengan Najib.

Para penyokong dan pencacai politik Muhyiddin bergabung tenaga secara tidak nyata dengan orang-orang Najib.

Tindakan Muhyiddin yang mengistyharkan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden adalah strategi beliau memaksa Najib berganjak ke atas.

Tektik dan politik Muhyuddin ini katanya sudah dicurigai Abdullah menyebabkan Abdullah kini benar-benar tidak senang dengan tindak tanduk politik Muhyiddin.

Manakala Muhyiddin kini dikatakan berada dalam dilema sekiranya Najib tidak berganjak beliau bakal menghadapi masalah. Bidalan kerana santan pulut binasa kini katanya sedang melanda Muhyuddin.

Keempat mengenai usaha Ku Li untuk melawan Abdullah. Ku Li kini sedang mengatur dan mencatur politik dalaman Umno untuk membolehkan beliau layak bertanding merebut jawatan presiden Umno.

Apakah Ku Li berjaya melepasi sekatan yang mengenakan kuota 30% itu ataupun tidak. Dalam usaha ini Ku Li sudah menjelajah hampir ke seluruh negara bagi memastikan beliau cukup pencalonan untuk menentang Abdullah.

Sekiranya Ku Li mendapat 58 pencalonan, ia sesuatu yang menarik dan ada yang menjangkakan keadaan itu menyebabkan Abdullah akan menerima nasib seperti Ghafar Baba dalam tahun 1993 dulu sewaktu diasak oleh Anwar Ibrahim.

Kelima ialah mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan kembali kepada Umno. Walaupun Anwar menafikan kemungkinan ini tetapi ia tidak mudah diterima oleh umum.

Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu.

Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib.

Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyiddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno.

Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu.

Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebaliknya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Keenam, apakah ada parti komponen BN yang akan meninggalkan komponen itu dalam masa terdekat ini. Khabar angin tersebar luas kononnya ada sebuah parti komponen akan meninggalkan BN.

Perkara ini bukan diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sebali ianya dinyatakan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Walaupun ada parti-parti tertentu telah menafikan dan sekaligus menyatakan kesetiaan mereka kepada BN, namun semua itu tidak dapat menutup percakapan umum mengenai perkara itu.

Hari ini mereka boleh menafikan, tetapi esok lain jadinya. Sudah banyak keadaan demikian berlaku dan inilah menyebabkan orang ramai tidak mudah untuk mempercayai apa saja cakap malah janji dan sumpah dalam politik.

Kesimpulan antara teori-teori itu yang manakah akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Sama-samalah kita menunggunya. Boleh jadikan juga keenam-enam itu tidak akan menjadi kenyataan dan hanya asap dan kabus sahaja.

Monday, June 16, 2008

ringkasan kenaikan harga minyak

Dr Mahathir Mohamad: Openness

Tuesday, June 10, 2008

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL

kenyataan mahathir tentang isu rapid kl

Yang Berhormat Dato’ Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.

Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL.

Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini.

Kenapa?

Apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk?

Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?

Katanya pesanan untuk bas baru oleh Rapid KL adalah begitu banyak sehingga Scomi tidak dapat membinanya. Oleh itu Scomi dibenar import bas dari China. Apakah harga import dan harga jualan kepada Rapid KL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?

Disiarkan gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)



Penceroboh boleh ditembak
Bas-bas Rapid KL yang tersadai

Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi

Kita juga dengar khabar angin bahawa Scomi juga dapat kontrak membekal unit-unit monorel untuk projek monorel di Pulau Pinang. Sekali lagi Scomi hanya akan membekal unit monorel sahaja dan tidak akan terlibat dengan pembangunan dan pengurusan sistem monorel di Pulau Pinang. Umum tahu pembangunan dan pengurusan tidak memberi keuntungan. Menjual unit monorel tetap untung terutama jika tidak ada tender atau tender di buat dengan spesifikasi yang hanya jenis unit monorel Scomi sahaja yang boleh menepatinya.

(Disiarkan dibawah gambar yang menunjuk rel untuk percubaan unit monorel yang terdapat di kilang Scomi Rail Bhd)

Rel untuk test unit. Dibelakang terlihat satu unit monorel di atas test-rail


Papan kenyataan Scomi Coach Sdn Bhd dan Scomi Rail Bhd

Monday, June 9, 2008

politik islam

Ana juga teringin untuk memberi pendapat dalam perkara ini...

“ Parti Islam Malaysia ; "menegakkan sebuah negara Islam sebagaimana dilaksanakan Nabi S.A.W. ini lebih mudah dilaksanakan dengan adanya kuasa pemerintahan,menghapuskan kezaliman pemerintahan yang ada sekarang.”

ana bersetuju dengan kenyataan di atas. walabagaimanapun, ada saudara kita yang kurang setuju dengan kenyatan ini. katanya ia terlalu terburu2 terutamanya jika melaksanakan undang2 syariah di malaysia sekarang. pastinya beberapa kerat anak2 muda yang membuat perkara maksiat atau yang otaknya sudah dipengaruhi budaya barat akan menolak bulat2 unadang2 baru ini. sebaliknya mereka lebih selesa dgn pentadbiran yang sedia ada sekarang ini. mengikut kenyataannya lagi, berdakwah adalah cara yang terbaik bagi mencegah perbuatan2 yang tidak di ingini ini.

arakian, gua sarankan kepada org yg berpendapat sedemikian supaya melihat kembali cara hidup manusia2 di seantero malaysia serta peranan kerajaan yang sedia ada sekarang. ana juga menyokong, mmg ramai anak2 muda akan menolak undang2 ini. semestinya mereka menolak krn ia bercanggah dgn mereka terutama di sekitar KL. tetapi suasana ini tidak berlaku di kelantan. nik aziz pernah meminta kerajaan pusat supaya membenarkan mereka membuat undang2 syariah iaitu di mulai dengan hudud dlm beberapa hal. tak silap gua, kes mencuri. walau bagaimanapun, ianya hebat ditentang oleh dr mahathir pada waktu itu lantas mengugut akan membatalkan kemenangan PAS kelantan ketika itu. jika dibandingkan KL dengan kelantan, pastilah ianya jauh berbeza. ini kerana org2 melayu yang mengundi pas di sana sememangnya komited mahu syiar islam dijalankan di kelantan. inilah demokrasi. majoriti pengundi2 di kelantan mahu hukum2 islam dilaksanakan. maka kerajaan pusat wajar memberikan mereka jalan untuk mempraaktikkan undang2 tersebut. tidak ada sebab mengapa undang2 tersebut tidak boleh dilaksanakan di kelantan. ini mungkin kerana tarbiyah dan dakwah sudah lama berjalan di kelantan dan jenayah yang kurang. pada setiap tahun, kelantan masih memegang rekod negeri yang paling kurang jenayahnya walaupun undang2 syariah belum dilaksanakan.

walaubagaimanapun, lain pula halnya dengan negeri2 lain. org2 islamnya terlalu ramai yang sudah alpa dan menolak hukum2 ini kerana sudah jauh menyimpang dari ajaran sebenar. sememangnya mereka akan menolak hukum2 Allah ini kerana tidak selari dengan kehendak mereka. ada pun sememangnya dakwah itu juga sgt2 penting selain politik, tetapi lain halnya sekarang. sememangnya penguasaan politik lebih penting lagi dari berdakwah semata. apa hujahnya? baik, sekian lama penduduk di malaysia sudah lama terpengaruh dengan agenda BN dan umno. apa peranan mereka sebagai kerajaan? adakah mereka melakukan dakwah? memang ada siri al kuliyah dan beberapa forum islam tetapi mengapa perlu disekat ustat2 nya? mengapa hanya membuang atau 'gam' ustaz2 dan para2 ulama? rancangan keagamaan ini hanya seperti melapaskan batuk ditangga shj. bagaimana pula dengan masjid2 serta madrasah2? ianya hanya dikawal oleh puak2 umno yang jarang turun ke masjid. org2 yg pro hijau di buang. akibatnya masjid2 dan madrasah2 sepi x berpenghuni serta tidak mempunyai program2 yang bermanfaat. jika adapun yang membuat program2 ugama, ia akan disekat oleh polis. malah ada juga beberapa kawasan masjid dan surau dirobohkan atas alasan tidak boleh berpolitik di masjid. mereka lebih mementingkan politik mereka dari penduduk2 yang mahukan ilmu pengetahuan kerana bimbang apabila ilmu diberikan, mereka akan beralih undi kepada pas. wajarkah kerajaan malaysia ini? mana yang amar maaruf nahi mungkar? apa mereka buat?

tidak cukup dengan itu, mereka juga byk mengimport hiburan2 dari barat serta banyak menganjurkan konsert2 yang melalaikan kepada org2 islam amnya walaupun pada hari sambutan merdeka. lihatlah konsert2 sekarang langsung x mencerminkan keperibadian islam. langsung x memberi contoh kepada masyarakat. bidang kuasa siapakah ini? mengapa kerajaan BN langsung tidak mengendah kan perkara ini? bagi rata2 manusia yang biasala, jika dipilih antara 2. mahu hiburan atau dakwah? mana mereka mahu?semestinya hiburan. kerana itu, hiburan2 melampau sekarang begitu banyak hingga melalaikan org2 islam dan org2 melayu umumnya. x kan kita mahu berdakwah di depan mereka supaya x turun ke konsert2 kemaksiatan? bkn kah lebih wajar jika kerajaan yang menghalang kerana kuasanya yang lebih besar? bkn kah ini akan melemahkan org2 islam? mengapa kerajaan tidak berpikir seperti ini? lantas setelah lama dalam alam yang sesat dalam pemerintahan BN, sememangnya sukar jika rakyat terus memberi sokongan kepada PAS. lantas atas sebab itu, PAS tidak menggugurkan nama kerajaan negara islam nya pada pru yg lalu digantikan dengan negara berkebajikan sebagai permulaan demi mencapai kemenangan.

apabila kemenangan sudah dicapai, lihat apaa terjadi. ceramah begitu hebat sekarang. masjid2 serta surau begitu aktif diimarahkan kerana tiada sekatan lagi oleh polis dan jais. maka dakwah juga dapat dilaksanakan selalu. tidak seperti sebelum ini. khutbah2 di mimbar jumat juga semakin mempunyai isi yang berguna. begitu juga halnya dengan kurangnya rasuah dan lain2. walaubagaimanapun, hukum hudud tidakla dilaksanakan terus walaupun di kedah dan perak. ini kerana rata2 pengundi PAS ramai yang bkn muslim. dan kita tidak heran jika mereka tidak mahu undang2 ini dijalankan kerana mereka agama lain. cuma org islam yang kita herankan. cuma bagusnya disini, dakwah dapat dilaksanakan secara terus tanpa bersusah payah seperti sebelum ini. itulah kepentingan politik.

walaubagaimanapun, perjalanan masih jauh, jika mahu melihat syiar islam dapat ditegaakkan di negara ini, berilah pas kuasa memerintah negara. lihatlah di televisyen2. teramat kurang yang menonjolkan ciri2 keislaman seperti pemakaian tudung dan sebagainya. malah mereka inilah yang dijadikan model2 org2 melayu zaman sekarang. rata2 mahu meniru itu dan ini. dan kerajaan sedia ada langsung x mengambil kira perkara seumpa ini. nak suruh org bertudung mcmana kalau bini2 depa pun x pki tudung skali. mmg la depa x sensitif dgn perkara2 agama ini. yang kita heran, org2 yang baik pun, boleh plak menyokong pemimpin2 sebegini. yang dah susah diubah tu 1 hal lah. yg ustat2 pun ada juga terpngaruh dgn agenda jahat BN ni. walhal sudah terang lagi tersuluh pemimpin mana yang patut diikut. sekian. sememangnya penguasaan politik di malaysia sgt penting demi menjaga martabat agama. tanpa politik, dakwah sukar dilakukan. malah ada saingan yang cukup tggi iaitu hiburan. hiburan vs dakwah pastilah memberi kemenangan pada hiburan melampau. hanya beberapa kerat yang terpengaruh dgn dakwah ini. sekian...

Thursday, June 5, 2008

KOLEKSI VIDEO BERGUNA

1.)MENGUNDI PARTI YANG MENEGAKKAN SYIAR ISLAM SUATU KEWAJIPAN

KEPENTINGAN BERPOLITIK

Arakian setelah berbalas ym bersama saudara YB azrul, gua mempunyai sedikit pandangan kepada saudara azrul yg menganggap politik ini kotor dan lain2 halnya. mula2 gua nak kupas tentang pentingnya menggunakan islam untuk berpolitik.

1.) bila kita menggunakan islam sebagai wadah untuk berpolitik, dalam masa yang sama islam akan terus terbela.(spt yg gua kupas pd msg dgn azrul).

2.) gambaran masyarakat sekarang melihat politk ini sesuatu yang kotor. mengapa boleh jadi kotor? siapa yang kotorkan? manusia mana yang kotorkan? jika mengikut syariat islam, politik adalah sesuatu yg murni. nik aziz sendiri berkata di masjid adalah tempat yang plg sesuai untuk berpolitik. cuma ramai org atau rata2 masyarakat melihat politik ini sesuatu yang kotor walhal kekotoran itu byk nya ditimbulkan oleh manusia. spt juga hiburan. hiburan yang menggunakan islam sbg wadah penyampaian semestinya elok dan sempurna. tetapi halnya sekarang, ramai penghibur2 tanah air yang mengkotorkan hiburan ini. maka perkara inilah mesti ditegur. org2 yang mengotorkan hiburan ini wajar di kritik oleh pemimpin2 dan ulama2. begitu juga dgn politik. sememangnya poltik di malaysia terlalu byk kekotoran serta daki2 najis yang kebanyakannya dari parti BN. kekotoran ini patut ditegur oleh ulama2 serta parti2 pembangkang khasnya PAS. gua x tau mana kotornya politik secara islam yang dijuangkan oleh PAS. yg gua tahu, umno selalu mengotorkan politik dan menuduh PAS dgn berbagai tohmahan. walhal pemimpin2 Pas yg ditohmah itu ulama2 yang diiktiraf belaka spt nik aziz dan haji hadi.

3.) timbul persoalan pula jika kita menggunakan islam utk berpolitk, ia menjadi kesalahn spt blh mengumpat, mencerca org dll spt YB AZ ckp. gua seru kpd beliau spy melihat kembali beberapa kenyataan nik aziz dan haji hadi ni. tentang isu mengumpat, nik aziz sifatkan kita blh mengumpat bila tiba ms yg sesuai. bila masanya? nik aziz memberi cth di sini, tentang bagaimana seseorang yang telah dirompak hartanya, membuat laporan polis tentang kejadian rompakan. maka bertanyalah si polis," awak kenal siapa perompak?". jawab si kena rompak,"tidak". arakian bertanya lagi si polis itu, "boleh awak berikan penjelasan tentang ciri2 perompak itu?". maka berkatalah si kene rompak itu lg seraya berkata " saya minta maaf, saya tidak boleh mengumpat kerana nanti habis pahala saya diberi pula kepada si perompak". tamat cerita. dalam cerekarama ini, si kena rompak wajar mengumpat tentang peribadi si perompak walaupun dia x pasti siapa perompak sebenar. maka begitu juga dengan mengkritik pemimpin2 besar yang telah merompak kekayaan negara ini. punya la hebat janjian itu ini kepada rakyat, walhal, stp kali pru pun itu hanya janji2 kosong yg diulang2. maka timbul pula parti yang melawannya yang tidaklah sekaya parti pemerintah, namun ingin memartabatkan islam di kawasan itu sekali gus mendedahkan keburukan parti lawan yang sememangnya mahu menjerat rakyat2 di malaysia. maka umpat ini juga dilihat harus atau "umpat sunat" spt juga halnya dgn "bohong sunat" istilah org2 kt. ini demi menjaga kestabilan dan memartabatkan islam amnya.

4.) timbul juga persoalan tentang memaki hamun. ada pun saudara YB kurang senang dgn memaki hamun org. ini krn ia islam x suruh kt memaki hamun saudara kt sendiri. PAS juga dilihat selalu memaki hamun org2 umno dan sebaliknya. sebelum pru12 pun, nik aziz menggelar org2 umno sbg orang utan dan beliau sifatkan kenyataannya itu sebagai sgt2 lembut sperti kenyataan video di bawah ini.

5.) bersambung....gua ada hal....

jap lg gua kasi video2 berguna....harap wireless ko ok la YB..wakaka...