Tidak dapat dipastikan pula bila pula kemunculan blog si azharie @ atan ni. beliau yang juga rakan seperjuangan bebudak extend sktm yang sekapal dengan gua difahamkan mulai aktif mengkritik gua dan yang lainnya. sehubungan dengan itu, beliau telah pun membina blog yg bernama superman kerana menganggap dirinya seperti superman dan gua batman dimana kedua duanya memakai cermin mata dan agak nerd kekadang. cuma dengan watak dan ideologi berbeza, beliau cuba memasuki arena ini untuk menyuarakan ketidakpuas hatinya kepada gua dan pentadbiran ums lebih2 lagi apabila pihak pentadbiran mengextendkan kami. namun, blog beliau di http://mrzharieman.blogspot.com cuma boeh diacces selama 1 hari sahaja. selepas itu kelihatannya blog itu telah dipadam. mungkin beliau dalam dilema kerana gua telah memberi komen2 melampau kepada blognya sehingga beliau segan mengaktifkan blognya...wakaka...atan, rilek ar bro...mana lu punya blog?
buat afif org tranung kite dan luk si sabahan....
warkah buat korang berdua, buat si afif si kaki pendengar ceramah2 dan luk kaki politik semasa, gua telah jumpa 1 blog yg terus update ceramah2 terbaru dan isu2 terbaru. sila layari http://tvpakatanrakyat.blogspot.com . dan korang berdua blh download toolbar di link bawah sekali dalam blog gua ni. turut gua tanyakan dimana blog si luk yg sudah menghilang semenjak dua menjak ni?
Thursday, July 31, 2008
BLOG BARU ATAN
tuntutan qazaf anwar
salam perjuangan pada si azrul....
mengikut video di atas, gua dapat lihat ia sebagai langkah awal hukum islam dapat dilaksanakan di malaysia.mungkin masih awal untuk membuat kesimpulan, namun langkah ke arah itu gua dukung sebaiknya. bro azrul...sekarang keadaan politik makin hari makin panas o.....gua tunggu lu jadi wakil rakyat....ahak2...
Friday, July 25, 2008
POLITIK PERKAUMAN BN
Dr Mohamad Khir Toyo: Perpaduan Melayu Bukan Ancaman
buat bro azrul dan yg lainnya....
akhir2 ni gua selalu plak layan2 blog si khir toyo bekas MB gua yg x habis2 merapu di blognya. Gua mengaku gua pun ada racist skit.gua pun mau bangsa melayu dimartabatkan. tp x perlula bangsa lain dianak tirikan sehingga kerajaan negeri selangor perlu ditukar pula. ni masalah khir toyo ni mau menang tiket harapan bangsa melayu umno la ni x abis2 merepek. walhal zaman dia dulu, org melayu setinggan yg miskin sia2 je kena halau x diberi umah dan pampasan. semangat melayu apa ni? x cukup dgn itu, tambah plak kasi roboh kuil2 hindu. semangat melayu pun tiada, semangat malaysia pun tiada. hanya semangat menunjuk hero melayu umno yg kian pudar dimamah usia. utusan dan berita2 pro BN pun masih mengatakan muzakarah bersama org pas sedangkan nik aziz tegaskan muqabalah, dan tiada perbincangan ke arah perkongsian kuasa. sekali lagi gua sarankan jika orang2 umno serius mahu memartabatkan islam dan melayu, merekalah yang perlu masuk PR. Bkn ajak PAS masuk BN. ikut cakap anwar ibrahim. hijrahlah anda kerana umno ini terlalu racist. lagipun mengapa perlu PAS berhijrah ke parti BN yang bermasalah? orang2 BN pun sudah mula keuar BN. Mengapa perlu parti yang agak stabil mahu berhijrah ke parti yang kurang stabil? ia amalan yang tidak sihat kepada negara terutam negeri gua selangor darul ehsan.
Thursday, July 24, 2008
NIK AZIZ ARAH HENTI MUZAKARAH
Dr Mohamad Khir Toyo: Impian Saya
Buat saudara azrul dan yg lainnya...
setelah melihat blog si drkhir.com....
gua membuat kesimpulan bhw muzakarah ini seperti kearah perkongsian kuasa. bukan kesefahaman kepentingan melayu dan islam seperti yang disarankan oleh mufti perlis iaitu dr asri. petikan dari blog si khir toyo mengatakan PAS akan diberi kuasa menteri besar dan kuasa lainnya jika bekerjasam bersama umno membentuk kerajaan di selangor. ini ternyata sgt2 lari dari matlamat asal muzakarah yg dicadangkan dr asri dan juga yg lainnya. sebaliknya umno seakan2 mahu menggunakan PAS untuk menjatuhkan PR.
Sunday, July 20, 2008
VIDEO KONSPIRASI 98
kisah konspirasi 1998 diulang kembali buat tatapan luk dan atan serta rakan2 yang lain tentang kisah jahat dr mahahtir menjatuhkan anwar secara cara yang paling kotor. org2 yg dituduh diliwat anwar juga membuat pengakuan kembali yang mereka dipaksa oleh polis untuk menjatuhkan idola gua turut diselit di video ini. semoga "luk" sedar akan kejahatan dr m semasa beliau berkuasa.
Tuesday, July 8, 2008
PROTES
Buat bro2 yang ada kat sabah tu, jeles2 kan diri anda terhadap gua kerana x dapat menyertai gua pada perhimpunan PROTES pada 6/7/08 yg lalu. Seronoknya x terkata, gembira menjulang suara, riang menyahut cabaran di kelana jaya. Begitu pun, seperti biasa akhbar2 utusan dan berita hairan meletakkan dan membesar2kan cerita konsert pula di kelana jaya. kelakuan tidak beretika artis gila mmg penyokong pembangkang menolak terutamanya dari PAS dimana mereka menarik balik unit 'amal' yang sepatutnya menjaga tingkah laku para pemprotes.
Ada pun ketika itu gua bersama hadi dan setul(staff zetasoft yg juga pengampu bam) pergi ke pantai dalam seketika untuk menunaikan solat asar dan magrib dan berehat seketika sebelum kembali ke stadium kelana jaya untuk mendengar ceramah anwar. jadi tidakla pula gua tahu menahu tentang konsert ini. walaubagaimanapun, pada waktu itu, org2 sudah mula berkurang kerana mahu balik dan berehat dan solat. hanya segelintir yg masih tinggal di sana. selepas melihat malaysiakini dan lain2 esoknya, baru gua tahu cerita ada tarian tungging punggung dan aksi tarik seluar dalam sambil melaung perkataan, jilat... jilat. difahamkan Semasa kumpulan itu beraksi di pentas, protes bukan lagi kepada kenaikan harga minyak tetapi protes bertukar kepada persembahan rocker berkenaan. Orang ramai marah dengan aksi itu sampai berlaku baling botol dan kumpulan rock seramai empat orang itu terpaksa dilindungi dan dibawa turun dari pentas. Khabarnya ada yang jatuh terlentang!
Gara-gara insiden itu menyebabkan himpunan yang mula berjalan secara teratur menjadi cacat sedikit. Pasukan keselamatan Unit Amal Pas dikatakan telah menarik diri daripada memberi khidmat kawalan lalu lintas dan keselamatan pada sepanjang himpunan berkenaan.
Protes UnitAmal itu memang tepat. Tidak ada guna mereka berkawal kalau hal-hal seperti nyanyian dan tarian tunggung punggung dipersembahkan. Mereka mungkin tidak mahu bersubahat dengan kerja-kerja mungkar sedemikian. Pas berjuang menegak kebenaran dan bukan bersubahat dengan kemungkaran!
Kejadian itu mungkin mendapat perhatian para pemimpin rohani Pas, yang mana akhirnya memutuskan tidak menghantar mana-mana pemimpin untuk memberi ucapan kemuncak protes pada malam tadi. Nasarudin Mat Isa yang dijangka berucap tidak kelihatan.
Apa yang berlaku itu perlu diambil iktibar. Tidak salah kalau Pas menyokong apa-apa juga protes untuk kepentingan rakyat (bukan kepentingan individu). Itulah jihad. Tetapi kalau ianya diselit dengan kemungkaran, maksiat dan kurafat ia tidak sesuai bagi Pas.
Mungkin kepada PKR, DAP dan NGO lain tidak mendatangkan apa-apa masalah. Hal-hal yang berlaku petang semalam adalah biasa dan menghiburkan mereka! Tetapi bukan kepada Pas. Justeru lain kali Pas kena pastikan apa-apa majlis yang dianjur bersama hendaklah diselidiki dan dikenal pasti bentuk pengisiannya.
Bagi ahli yang tidak tahu erti berpolitik (matlamat menghalalkan cara) dan jujur, mereka pergi kerana Allah tentu akan terkedu dengan peristiwa itu. Sebaliknya hal-hal yang berlaku di himpunan itu semalam mungkin tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli Pas klon yang sudah terbiasa dan pernah melewati suasana seperti itu atau yang cukup serasi dengan budaya politik hedonisme
Apa yang berlaku malam tadi, tanpa kehadiran wakil Pas menyebabkan Anwar merasai akan tindakan Pas itu. Sedikit sebanyak tentu beliau merasa ralat dengan apa yang berlaku. Beliau berucap kira-kira 40 minit sahaja. Jarang berlaku begitu apa lagi dalam crowd melebehi 30,000 di mana cukup merangsangkan Anwar untuk berucap.
Bagi mengelakkan Pas terus terjebak dalam suasana itu di masa akan datang, muktamar Pas akan datang wajar mengenal pasti siapakah juara-juara Pas klon yang galak cuba membenarkan unsur dan budaya hedonisme demikian dalam Pas!
walaubagaimanapun, gua menganggap ini kesilapan teknikal pihak penganjur. pada asasnya, kehadiran yang datang masih sgt baik iaitu sekitar 30ribu semasa anwar memberi ceramah. sebaik sahaja diumum ketibaan anwar, semua manusia termnasuk gua di stadium bangkit berdiri untuk melihat anwar dengan jeritan reformasi, takbir dan makhal sakhti sehingga bergema stadium kelana jaya tersebut. ceramah Lim kit siang ketika itu juga terganggu sedikit gara2 kebanyakan org mahu melihat ketibaan anwar.
ceramah anwar juga seperti biasa mmg memberangsangkan. heran juga gua kenapa kuat sgt pengaruh anwar ni...sememangnya beliau layak menjadi PM kerana sokongan yang mantap ni. Najib juga sesuai sebenarnya kerana boleh memberi biasiswa kepada pelajar secara direct seperti yg diakuinya sendiri. kenyataan si najib altantuya ni pun berubah2. mula2 ckp dia x kenal saiful. kenyataan ke 2 plak dia kenal saiful sbb bdk malaun ni minta biasiswa. padahal PNGK saiful lebih teruk dr gua walaupun gua extend juga sepertimana dia. pointer keseluruhan gua pun jauh lebih hebat dari saiful yg patuttnya dah GB kerana dpt pointer 1.8 something bg PNGK or CGPA (x tau uniten pggil apa). walaubagaimanapun, kenyataan ke 3 najib, dia ckp si saiful jumpa dia di kediamannya kerana mahu mengadu dirinya diliwat....barwaa punya najib...mana 1 betul ntah....hanya tuhan yang tahu...ntah si bala pun disoroknya untuk diletup dgn bom c4.