Monday, September 29, 2008

Gempar!!!!hantu2 akan kembali aktif selepas raya

Adapun hidup daku mula semakin sunyi setelah ditinggalkan oleh semua yang mengginap bersama gua. Syawal akan muncul beberapa hari lagi. daku sudah tinggal bersendirian. makanya diwaktu yang boring ini, gua melayari youtube, gatal2 plak tangan menaip HANTU SABAH. Maka gua lihatlah beberapa video yang menarik perhatian gua serta bakal menimbulkan keresahan rakan2 gua yang tinggal di sabah terutamanya bdk2 jurusan kedoktoran seperti zamir dan pojat. Ini kerana video yang gua lihat ini berlaku di hospital likas, tempat budak2 doktor UMS praktikal. kepada sesiapa yang masih tinggal di sabah, AWAS!!!!di sabah banyak hantunya. maka gua paparkan beberapa hantu yang mengginap di sabah.

hantu hospital likas.....


hantu juga boleh menjelma di bilik anda, apabila korang berborak2.

Saturday, September 27, 2008

KENANGAN SEBELUM RAYA

Friday, September 26, 2008

SELOKAQ PANTUN RAYAQ SABAH (seloka pantun raya sabah)

Sedih sungguh meruntun dihati, jiwa berkecamuk meronta2, hati menjerit terdengar takbir, namun air mata tidakku benarkan menitis. oleh sebab itu, aku simpulkan sebuah pantun puripujangga khas dibawak dari sabah sbb aku terpaksa beraya di sabah dek kerana perantau sepi menunggu mentari, makin ditunggu, makin menyepi........(konon2 sedih sgt)....
saksikan kehebatanku mengarang pantun sendiri selepas lebih 4 tahun belajar di sabah....

maqan iqan cicah kuah nasi mbaq,
jangan qo lupaq kelapaq mudaq,
pergi rayaq bukan berlumbaq,
di hospital nanti qo berayaq.

maqan ubi cicah asam jawaq,
makan keropoq cicah cukaq,
qo tu tidur jaq bulan posaq,
padanla bilaq rayaq qo gilaq,

aqu bilang aqu ndaq tau bah,
tapi mmg aqu tipu jugaq bah,
masaq rayaq jangan puraq2 ndak tau bah,
angpau bah,manaq bah.

Gulai tempoyaq iqan mayong,
durian busuq kana tebuq tupai,
pandu bagus2 igt kampong,
asal qo selamat jaq sampe'



(Lambang SAPP yg sudah keluar dari BE END)

P/S: sengaja menyakitkan mata korang supaya sesiapa yg ada sakit mata boleh sembuh hendaknya.....kui2.....

Wednesday, September 17, 2008

Harga Minyak dan rokok sebelum anwar menjadi PM

Sedar atau tidak, dalam pada semua menunggu pertukaran kerajaan kita sebenarnya telah memberi subsidi secara tak langsung kepada kerajaan Pak Lah dengan membayar harga minyak yang lebih dari sepatutnya.

Setakat artikel ini ditulis, harga minyak dunia sudah jatuh ke paras USD 92.7 setong. Kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah yang masih lagi dalam kekalutan politik sekali lagi membelakangkan kepentingan rakyat dengan tidak mengambil apa-apa tindakan yang drastik di atas penurunan harga minyak semasa dunia ini.

Janji telah ditabur dan dicanang kepada rakyat bahawa kerajaan akan memberi subsidi hanya 30 sen per liter kepada rakyat bermakna rakyat hanya akan dapat penjimatan harga minyak sebanyak 30 sen dengan setiap liter yang dibelanjakan untuk memenuhi tangki kenderaan masing-masing. Tapi adakah janji yang dibuat oleh kabinet Pak Lah itu relevan dengan keadaan semasa??Adakah ianya digunapakai oleh Menteri jaga harga minyak, Datuk Shahrir Samad?? Jika mengikut perkiraan mudah, dengan harga minyak sekarang sebenarnya membuatkan rakyat pula yang memberi subsidi kepada kerajaan.

Perkiraan mudahnya seperti di bawah :-

1 barrel(tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (converter di sini)
harga minyak semasa = USD92.7 setong (rujuk sini)

Dulu USD145 x 3.3 (Rate semasa) / 159 liter = RM3 – RM0.30 (Subsidi) = RM2.70
Skrg USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

Kerajaan jual => RM2.55
Harga tanpa subsidi => RM2.00
Kita tanggung kerajaan = RM0.55 per liter.

Adapun Kerajaan Malaysia mengeluarkan 650 000 tong sehari, 450 000 untuk dieksport manakala selebihnya untuk kegunaan dalam negara. 200 000 simpanan ini boleh menghasilkan;

200 000xRM2.55x159liter= RM81,090,000 keuntungan kepada kerajaan Malaysia sehari!!!!!
RM81,090,000x30=RM2,432,700,000 keuntungan kepada kerajaan Malaysia sebulan!!!!!!!

Ini bermakna, setiap bulan, kerajaan bakal mendapat keuntungan lebih 2 billion hanya untuk kegunaan dalam negara. Ini tidak termasuk baki yang dieksport ke negara lain.

Ini juga tidak termasuk keuntungan kerajaan Malaysia dari perokok2 tegar di dalam negara ini. Lebih 3 juta penduduk Malaysia membelanjakan kira2 RM15 juta sehari untuk membeli rokok. Di zaman al hadhari ini, cukai sebatang rokok telah meningkat sebanyak 3sen menjadikan 18sen cukai setiap sebatang rokok. Ini bermakna jika sebatang rokok berharga 0.40 (winston light), perokok telah pun menyedekahkan 18sen kepada kerajaan Malaysia tanpa mereka sedari dan harga sebenar bagi sebatang rokok hanyalah rm0.22 sahaja. Berikut ialah kira2 yang telah gua buat...

Jumlah perokok tegar Malaysia=3,000,000
Cukai sebatang rokok=18sen
Harga Dunhill=RM9.00(20 batang)
Jumlah perokok x sekotak rokok(20 batang) = 3,000,000 x 20 batang = 60,000,000
Jumlah cukai kerajaan= 60,000,000 x 18sen=RM10,800,000 sehari!!!!!
Jumlah keuntungan kerajaan sebulan=RM10,800,000x30=RM324,000,000 Sebulan

Ini tidak termasuk perokok2 yang baru berkecimpung dan penghisap2 paip. Walaupun jumlahnya jauh berbeza dari nilai harga minyak mentah dunia, namun anda seolah2 bersedekah kepada najib, pak lah dan rakan2 yang sewaktu dengannya. Maka bersempena di bulan ramadhan ini, berhentilah anda menghisap rokok. Jika tidak boleh pun, belilah rokok2 seludup yang telah diseludup dengan susah payah oleh pihak2 filipine di sabah. Bagus lagi anda menderma kepada org2 penjual rokok seludup di tepi jalan yang susah berbanding menolong pak lah dan najib yg kaya raya. sudahlah mereka tidak menghisap rokok. Anda pula memberi mereka wang saku.




P/S: tak sabar tggu kejutan dari SAPP ptg ni....Dalam beberapa hari terdekat ni, mungkin Anwar akan menjadi PM. Selain janjinya untuk menurunkan harga minyak, gua juga akan mendesak beliau supaya tidak mengenakan sebarang cukai ke atas rokok terutamanya suria gudang garam. kui2...

Tuesday, September 16, 2008

16 september: Malaysian Day

Malaysian day on september 15.....

Tarikh yang bakal merubah Malaysia, Anwar Ibrahim bakal menjadi PM dalam masa terdekat ini. Namun TV3 sudah pun mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menidakkan proses pertukaran kerajaan ini. walhal proses ini sudah pun bermula dan hanya menunggu wakil2 MP dari Taiwan or China balik dalam masa terdekat ini.

Adapun stadium ini stadium yg sama masa perhimpunan protes diadakan dan gua pun smepat menyertainya ketika itu. Namun kali ini gua hajat gua x berkesampaian kerana gua diwajibkan menetap di sabah atas desakan pak ibrahim serta isterinya. Maka gua cuma sempat meninjau suasana sambutan hari malaysia melalui website tv pakatan rakyat secara live. Itu pun siaran banyak terganggu di saat2 akhir ceramah DSAI. Mungkin karenah birokrasi dari pihak pengurusan Streamyx....kui2...

(Majlis Bermula dengan tarawih di stadium)

(jemaah wanita turut tidak ketinggalan menunaikan tarawikh)

(MB gua x ketinggalan menunaikan tarawikh....Khir toyo tidak pula kelihatan disini...kui2)

(Majlis bermula.....Semua orang mengibarkan jalur gemilang meraikan hari Malaysia)

(Islam, Kristian, hindu, budha, semuanya seiring menyambut hari Malaysia)

(ribuan rakyat Malaysia khusyuk mendengar ceramah dari DSAI dan lain2)

(Rakyat Malaysia sememangnya mahu kerajaan BN ditukarkan secepat yang mungkin)

(Ribuan manusia dengan bendera Malaysia)

(Kaum cina juga turut memberikan sokongan yang padu dan kepercayaan kepada DSAI)

(Wajah bakal Perdana Menteri Malaysia bersama isteri dan rakan2 politik. tidak ketinggalan MB gua di paling kiri...kui2..)

(Posing yang cantik dari rakyat malaysia)

Dalam beberapa hari lagi, rakyat malaysia akan menerima PM yang baru, Anwar Ibrahim, Insyaallah......

Monday, September 15, 2008

16 SEPT :
Katakan lah Insyaallah !

Saat saya menulis ini , tempoh menjelang 16 Sept hanya tinggal sehari sahaja lagi . Tentu sahaja debaran dan degup jantung rakyat Malaysia kian rancak menanti apa yang bakal berlaku .

Masih ada yang bertanya kepada saya mengenai 16 sept meskipun saya telah menulis mengenainya dalam posting yang terdahulu .

Sikap saya jelas dan konsisten sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini . Untuk memberi kenyataan berkaitan , saya tidak mahu dan tidak boleh mendahului taqdir Ilahi . Saya hanya berdoa semoga Allah swt. memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang dan memastikan Islam yang menjadi asas perjuangan kita terus terpelihara .

Sebelum ini pun , bukanlah saya prejudis terhadap usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN. Tersangatlah setujunya saya dengan usaha sedemikian. Cuma saya mengeluarkan kenyataan yang kelihatannya kontra dengan semangat 16 Sept adalah bertujuan mewujudkan situasi balance dikalangan kita agar tidaklah keghairahan kita melewati batas dan kewajaran .

Sebagai seorang muslim kita sangat diajar oleh Allah swt agar bertindak dalam serba kesederhanaan . خير الأمور أوسطها

Sebelum ini saya lihat dan saya dengar semua orang yang bercakap mengenai 16 sept agak emosional sehingga kelihatan mereka benar - benar yakin akan berubah kerajaan ini pada 16 sept. Saya suka sangat kalau BN ini dijatuhkan , tetapi dalam kita ghairah berusaha ke arah itu , sebagai seorang muslim kita mempunyai cara dan batas yang tersendiri .

Firman Allah swt :

و لا تقولن لشاىء إني فاعل ذلك غدا إلا أن يشاء الله و اذكر ربك إذا نسيت
و قل عسى أن يهدين ربي لأقرب من هذا رشد

dan jangan sekali - kali engkau mengatakan terhadap sesuatu " aku pasti melakukan itu besok pagi " kecuali dengan mengatakan "Insyaallah" dan ingatlah kepada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah Mudah - mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini .

Surah al Kahfi : ayat 23 - 24

Setakat yang saya dengar sebelum ini di pentas - pentas ceramah , 16 sept diyakini sepenuhnya tanpa sepatah perkataan Insyaallah . Yakin penuh dengan kehebatan strategi dan think thank Dato' Seri Anwar Ibrahim . Saya sangat bimbang fenomena tersebut. Seolah - olah tuhan pun tidak berhak campur tangan dalam percaturan 16 sept kelak .

Apabila ada pihak yang membentang pandangan kedua serta kelihatan sedikit kontra dengan semangat 16 sept , suasana menjadi riuh dan tidak kurang yang marah kepada saya kerana menganggap saya tidak setuju dengan 16 sept .

Berulangkali saya kata , bukan saya tidak setuju tetapi jangan terlalu ghairah sehingga lupa Allah swt yang menentukan segalanya . Setakat strategi , pelan tindakan dan date line untuk bertindak itu tidak mengapa tetapi jangan menghukumkan bahawa ia mesti berlaku atau keterlaluan dalam menonjol kehebatan manusia tanpa disandarkan secara cermat dan hemah kepada ketentuan Ilahi .

Firman Allah swt :

قل اللهم مالك الملك تؤتى الملك من تساء و تنزع الملك ممن تشاء
و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير

Katakanlah Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kerajaan , Engkau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina siapa yang Engkau kehendaki , di dalam genggamanMu segala kebaikan , Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala suatu .

Surah Aali Imran : Ayat 26

Alhamdulillah , setelah saya bertahan dan menelan serta menerima segala teguran , kritikan balas malah kutukan dari pelbagai pihak , kini mula kedengaran suara - suara yang kendur dari pejuang - pejuang 16 sept.

16 sept hanya tarikh cadangan ....... , kalau tak jadi 16 sept bukan bermakna kita berbohong ....... , 16 sept bukan segalanya ........ , 16 sept hanya satu kemungkinan ....... , 16 sept adalah permulaan ....... , 16 sept kalau tidak jadi kita usaha lagi ....... 16 sept , PAS tidak pernah terikat dengan tarikh tersebut ....... dan berbagai lagi nada yang menunjukkan bahawa kita tidak lagi bergantung penuh kepada 16 sept.

Saya percaya bahawa kendurnya kenyataan berbanding sebelumnya adalah hasil dari pendangan kedua yang mula disuarakan dengan penuh resah oleh sebahagian ahli dan juga pimpinan .

Begitulah sebenarnya betapa sihat kalau kita sedari awal menerima baik perbedaan pandangan. Pandangan kedua boleh dijadikan sebagai bahan fikir dan renungan untuk mengukur pandangan pertama sementara kita masih ada ruang sebelum membuat keputusan yang putus.

Esok adalah 16 sept . Insyaallah ! hati kecil saya juga mengharapkan UMNO dan BN runtuh dan ditegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyyah tersebut.

Walau saya tidak terlibat direct dalam usaha membentuk kerajaan 16 sept , tetapi saya telah mengabadikan diri kepada perjuangan suci ini sejak 1985 seusia saya 15 tahun. Setelah mengisi borang menjadi ahli , saya segera ke pondok Pasir Tumboh untuk mendalami ilmu agama guna sebagai bekal di sepanjang perjuangan Islam ini.

Sehinggalah tahun 1998 saya pulang dari Mesir , saya berkecimpung sepenuh masa dalam parti tanpa mengira lagi segala tawaran pekerjaan hanya kerana saya mahukan tertegaknya Islam di atas tanahair ini .

Saya menyebutnya secara ringkas bukan ingin menunjuk apa yang telah dilaku tetapi bagi menjawab soalan yang selalu diterjah kepada saya , " awak buat apa ? kalau tak buat apa - apa dok diam sahajalah , bagi Anwar buat ! kacau jer ! "

Astaghfirullahal azim , cukup sedar saya betapa masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk Islam ini demi ianya tertegak di bumi bertuah tetapi tidaklah pula saya hanya berdiam diri tanpa berbuat apa - apa.

Mungkin juga cara saya meletak diri dalam perjuangan Islam ini tidak sama dengan anda membabitkan diri .

Selamat berjuang buat semua ! semoga dengan izin Allah , bila pun tarikhnya , ruang untuk Islam berkembang dan tegak mekar di atas tanahair kita terus terbuka .

sumber:http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

P/S: Harga minyak dah bwh seratus dah.....pak lah bohong.....kita tunggu Anwar jadi PM je....

Saturday, September 13, 2008

Ketidakadilan kerajaan UMNO

Maka berseronoklah puak2 penyokong Barisan Nasional khususnya UMNO selepas penangkapan raja petra, teresa kok dan wartawan sin chew kerana mereka dah mula menunjukkan taringnya. Si Ismail Ahmad pula bebas terbang nun jauh di awan tanpa rasa bersalah apa-apa kerana tidak dikenakan tindakan sewajarnya. Bergembiralah burung-burung bersahutan ketawa melihat tindakan syed hamid albar menggunakan kuku besinya untuk mengugut musuh-musuh mereka. Arakian bermulalah kisah sedih didalam pakatan rakyat setelah beberapa bulan bergembira kerana gemilangnya mereka pada pilihan raya umum mahu pun kecil.

16 -20 september mungkin tarikh bermulanya kembali era keadilan diwujudkan. Namun ianya masih kabur. Gua hanya mengambil sikap tunggu dan lihat. Ada pun puak2 UMNO terus menerus menafikan Tarikh tersebut. Mereka seolah-oleh tidak memandang penting tarikh itu. Sebaliknya puak-puak BN sangat yakin dengan diri mereka. Dari waktu pilihan raya permatang pauh lagi mereka sudah yakin mereka boleh menang. Namun kalah dengan teruk seteruknya sehingga hampir-hampir hilang wang pertaruhan. Tetapi sikap mereka masih sama. Ego tidak bertempat, Nafsu tidak dikawal, cakap tidak bertapis, amal tidak dibuat.

Perbalahan pula mereka kejarkan. Tidak cukup dengan memijak gambar pemimpin BN sendiri, mereka mengutuk kaum-kaum bukan melayu. Puak-puak ni dengan bangganya mengistiharkan mereka masih bersatu walaupun hakikatnya mereka sudah berpecah dari parti komponen dalam BN sendiri mahupun dalam UMNO itu sendiri. Maka tersenyumlah nik aziz dan anwar melihat gelagat puak-puak UMNO ini seolah-olah mereka sendiri mahu mengiyakan proses 16 september berjalan lancar. Didalam pakatan rakyat, tidak pula mereka bergaduh, saling hentam menghentam walaupun ideologi mereka jauh berbeza terutamanya PAS dan DAP. Namun perbezaan itu dapat dikawal dek pemimpin yang bijaksana.


Betapa tidak adilnya puak-puak BN. Ismail Ahmad tidak dikenakan ISA. Mungkin kerana mereka dari puak yang sama. Ada pun puak pembangkang, jangan sekali mahu menidakkan arahan kerajaan. ISA akan menanti mereka. Isu boleh dibuat, boleh direka, boleh diubah suai demi mengiyakan sebab mereka perlu ditangkap. Yang sudah terang lagi bersuluh, tidak ditangkap, malah ada pula puak-puak UMNO memuji tindakan mereka. Mengapa tidak ditangkap sahaja Ismail Ahmad? Bukan kah tindakan binatang ni bakal menjahanamkan negara? tidak cukup dengan itu, kenyataan binatang ini turut menjahanamkan BN sendiri. Berapa ramai puak-puak BN sudah mula berpaling? Setakat ini hampir separuh pemimpin gerakan sudah letak jawatan. Tidakkah ini merugikan BN? Tidakkah ini memecahbelahkan BN? Cukup gua tidak faham dengan puak-puak BN ni.

Isu azan juga dimainkan mereka demi menangkap teresa kok walhal rakyat di tempat beliau menafikan kenyataan terbabit. Isu ini hanya dibangkitkan oleh Khir toyo. Kenapa tidak ditangkap atau sekurang kurangnya disiasat kenyataan Khir toyo ini? Uztazah dari PAS sudah membuat kenyataan polis tentang isu azan yang dibangkit oleh Khir toyo. tup-tup teresa yang ditangkap. Betapa bangangnya kerajaan BN.


Dalam islam, setiap pertuduhan mesti dibicarakan. Tidak seperti ISA. Tangkap tanpa bicara. Ini zalim. Setiap pertuduhan mesti dibicarakan, maka barulah keadilan dapat ditegakkan. Itulah indahnya hukum tuhan. Itulah adillnya hudud, qisas dan lain-lain hukum islam. Namun, hamid albar lebih mengutamakan undang-undang ciptaan manusia yang diwujudkan pada zaman komunis, dan ia kekal hingga sekarang. Ada pun puak-puak komunis dahulunya menangkap puak-puak yang membenci komunis, lalu disimpan dalam tahanan iaitu ISA. Sekarang pun sama halnya. Puak-puak BN menangkap tanpa bicara orang-orang yang tidak bersalah kerana tidak selari dengan bicara BN. Maka bolehlah disimpulkan mereka juga puak komunis kerana mengagungkan undang-undang komunis lebih daripada undang-undang islam.

Tetapi puak-puak BN nilah yang kononnya mengagungkan ajaran islam. Apa dia? Isu sumpah. Kononnya ia sangat islamik. tidak perlu menanya pendapat ulama-ulama muktabar. Jika sudah bersumpah, maka benarlah ia. Ceh. Pemikiran sempit hadhari. Cara pun tidak betul, kental menabik dada betapa mereka memperjuangkan islam. Dalam masa yang sama, apa yang dikata oleh nik aziz atau dari PAS, tidak benar dan sesat serta bermotif politik. Maka percayalah Puak-puak peyokong BN ini. Kepada puak-puak UMNO, sedarlah anda dari mimpi anda. Islam melarang semangat perkauman. tetapi menggalak semangat Islamiyah. Jauhilah dari parti UMNO yang ketara racistnya tidak kira melayu, cina dan india.

(Logo baru Pakatan Rakyat yang direka oleh gua sendiri, kui2...)

Wednesday, September 10, 2008

Mahathir Masuk UMNO Semula



Antara orang yang paling seronok dengan kemasukan DR Mahathir pastilah orang2 UMNO amnya. Adapun kami penyokong rakyat tidak terasa tergugat dengan kemasukan beliau. Cuma kerisauan Ezam terhadap dirinya kerana kelantangan beliau mengutuk DR Mahathir. Apa akan jadi dengan ezam? Apa pula akan jadi dengan Pak lah? Pastilah pergaduhan mereka akan semakin meruncing malah mungkin mengkuburkan terus umno kerana pergaduhan dalaman antara mereka. DR Mahathir VS Pak lah VS Ezam VS Ahmad Ismail al-racist. Maka dengan ini 16 September semakin manampakkan sinarnya apabila parti2 komponen BN juga turut bergaduh kerana perkauman yang melampau. Dalam pada huru haranya Barisan Nasional, Namun mereka tetap tegas bercakap pakatan rakyat tidak kukuh, tidak mantap dan sebagainya.

Jauh panggang dari api, mereka bergaduh sesama sendiri tanpa disuruh atau dimainkan oelh anwar ibrahim atau pakatan rakyat. Kedudukan mereka sangat tidak stabil walaupun mereka menang pru12 yang lalu. Mereka bercakap anwar tidak demokratik kerana mahu tubuh kerajaan melalui jalan belakang. Walhal mereka sendiri seolah2 membuka jalan belakang tersebut kepada anwar. Apa mereka tidak sedarkah parti2 komponen BN sudah mula berfikir untuk melompat kerana kenyataan ismail ahmad? Maka makin mudahlah kerja Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan. Gua semestilah seronok. Cuma gua hairan dengan mereka. Sepatutnya berusaha untuk menguatkan parti. Ini tidak, siap cabar gerakan keluar dari parti pula. Sikap mereka ini seolah2 mengorek kubur untuk menguburkan diri sendiri.

Saturday, September 6, 2008

KARENAH AFIF SEBELUM 16 SEPTEMBER



(Afif dan Badshah menggayakan barang hantaran rakannya secara senyap2. Malahan, topi koboi turut dirembat sekali oleh beliau).


(Mereka juga berposing penuh bergaya seolah2 moto ini mereka yang punya. Walhal, umum telah mengetahui bahawa gua telah membeli moto baru ini lalu mereka pula menumpang menangkap gambar di atas motosikal gua).

(Buah-buahan juga telah hilang satu persatu dipercayai telah lesap ke dalam perut afif dan rakan hindi nya itu).

(Badshah membuat muka tidak bersalah seolah-olah beliau tidak memakan buah2 hantaran meminang terbabit).

(Mat (paling kiri) yang mendakwa dirinya kacak turut hadir memeriahkan majlis)

(Kata-kata cool dari bapak budak hensem memukau para pemerhati politik)

(Tandatangan akujanji supaya me"lompat" pada tanggal 16september bersempena hari penubuhan Malaysia).

(Atan juga sempat bergambar dengan jejaka terhensem seantero malaya walaupun beliau menafikan hakikat terbabit)

(Dari kiri, si kacak, mat hindustan dan bakal cikgu besar ajis bersantai menunggu hidangan diberi).

(Afif yang juga jurukamera pada majlis gilang gemilang itu gagal menyempurnakan gambar2 yang terang dan berkualiti. Sebaliknya banyak gegaran meskipun beliau mengiktiraf dirinya professional).

(Mereka sempat meninjau sumandak2 yang masih kekosongan untuk di'add'kan ke dalam senarai friendster dan facebook masing2).

(Ajis termenung panjang mencari idea untuk nukilan tulisan di blognya berkenaan SAPP).

(Mat, boy dan ajis menunggu juadah berbuka puasa)

(Gagasan Terengganukite...mat dan afif. afif kelihatan lesu tidak bermaya lantaran bergiat aktif mendengar ceramah azhar idrus)

(Orang plg hensem melihat karenah rakan2nya)

(Anak Ibrahim menang peringkat pertama di permatang pauh, 16 september tahun depan mungkin ke putrajaya. tunggu duit2 dari sabah melompat.)

(Upacara mengangkat sumpah sebagai tunang orang hensem.)

(Majlis tamat, Upacara menyerah harta benda hantaran kepada si peminang)

(Jamsyir Adli, adikku yg paling bongsu.)




Thursday, September 4, 2008

ke arah 16 september.......



BN........(16 september)